Friday, July 30, 2010

JAHATNYA ISRAEL

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat seperjuangan.

Berikut saya paparkan beberapa tarikh penting dalam sejarah Palestin. Saya gunakan warna yang berbeza; Hijau untuk kemenangan atau kebangkitan Islam, kuning dan Merahuntuk kejahatan dan tekanan yang dipaksa ke atas umat Islam.


Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. AL-MAIDAH=82

1. 571M - Lahirnya Nabi saw.

2. 621M - Berlaku mi’raj al-Aqsa.

3. 636M - Sayyiduna Umar membebaskan Bait al-Maqdis & i,mengsytiharkannya sebagai tanah wakaf umat Islam.

4. Julai 1099M - Tentera Salib menakluk Bait al-Maqdis. 70ribu muslim dibunuh.

5. Okt 1187M - Pembebasan al-Quds oleh Salahuddin al-Ayyubi.

6. Nov 1892M - Kerajaan Uthmaniyah melarang penjualan tanah Palestin kepada pendatang Yahudi.

7. Nov 1917M - Kerajaan Britain meng- isytiharkan Deklarasi Balfour yang menjamin pembentukan negara bangsa Yahudi di Palestin. Bermulalah kemasukan dan penempatan pendatang Haram Yahudi di bumi Palestin.

8. 1947M - Resolusi 181 (UNSCOP 1947):
55% dari negara Palestin diserahkan pada pendatang Yahudi.
Mei 1948 - Pengisytiharan pembentukan negara Israel.

9. Dis 1949M - Pengisytiharan al-Quds sebagai ibu negara Israel.

10. Jan 1956M - Majlis Fatwa al-Azhar mengharamkan sebarang kerjasama dengan Israel.

11. Jun 1967M - Tentera Yahudi Israel meruntuhkan dinding barat Bait al-Maqdis seluruhnya dan meng- halau 650 org Palestin.

12. Ogos 1969 - Masjid al-Aqsa dibakar.

13. Mei 1980M - Pengeboman Masjid al- Aqsa menggunakan TNT.

14. Jan 1981M - Pelampau Yahudi diiringi tentera Israel menceroboh Bait al- Maqdis dan menghalang ahli jemaah daripada menunaikan solat; dan menaikkan bendera Israel.

15. Dis 1987M - Intifadah pertama bermula. Lahirnya parti Islam HAMAS.

16. Julai 1988 - Penerusan penggalian bawah tanah Masjid al- Aqsa yang mengancam strukturnya.

17. Dis 1993 - Perjanjian Oslo(PLO khianati umat Islam Palestin) .

18. Okt 1999M - Ehud Barak mengarahkan musolla Marwan dijadikan tempat ibadah khusus Yahudi.

19. Sept 2000 - Bermulanya Intifadah ke 2.

20. Jun 2003 - Mahkamah Tinggi Israel mengisytiharkan keizinan untuk orang Yahudi bersembahyang di Masjid al-Aqsa.

21. 25 Jan 2006 >HAMAS membuat kejutan dalam PR dengan menguasai 60% kerusi.

23. 28 Dis 2008 >Israel menyerang Gaza (1 Muharram 1430H) Palestine.

Bermulanya Intifadah ke 3.

Semoga menjadi sempadan dan tauladan kepada kita umat Islam di Malaysia. Sesungguhnya semangat bangsa(Arab or Melayu) sahaja tidak membawa kita ke mana-mana tanpa Islam sejati. Lihat! Tidakkah orang Arab Palestin(Fattah/PLO) yang bersetuju dengan perjanjian Oslo 1993, perjanjian yang mengiktiraf wujudnya Negara Israel dan pemilikan 77% tanah umat Islam kepada Israel.

Dipetik dari : SEJARAH PALESTIN.. Jahatnya israel..

yusofembung.blogspot.com

Monday, July 5, 2010

PERGINYA SEORANG SAHABAT..

Takziah untuk keluarga cikgu Ibrahim yang baru kehilangan insan tersayang.. Perginya seorang sahabat seperti cikgu Ibrahim amat dirasai. beliau merupakan sahabat setia yg sukar dicari ganti. Setakat ini tidak tahu ayat terbaik untuk ditulis kerana kesedihan masih terasa. Apa pun, ketiadaannya dirindu oleh keluarga, rakan dan taulan.

Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama para nabi, sahabat, syuhada dan orang2 beriman yang lain.... Amin

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)