Tuesday, September 28, 2010

ANCAMAN PENCEROBOHAN

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Merujuk kepada sumber MAMPU, pada masa ini wujud konflik di antara Malaysia dan Negara jiran. Rentetan daripada ini, pihak MAMPU telah mengesan 20 kes pencerobohan dan dijangkakan pencerobohan ini akan terus meningkat.

3. Hasil pemantauan dari pihak MAMPU kelemahan-kelemahan berikut sering ditermui di Agensi Sektor Awam yang membolehkan pencerobohan berlaku dengan mudah:

(a) Penggunaan kata-laluan yang lemah;
(b) Penggunaan kata-laluan asal (default);
(c) Sistem operasi yang tidak dinaiktaraf atau sistem operasi yang sudah tidak diseokong oleh pembekal seperti Microsoft Windows 2000 Server;
(d) Aplikasi laman web seperti Joomla dan komponen-komponennya yang tidak dinaiktaraf;
(e) Tiada kawalan capaian ke atas perisian yang digunakan seperti CMS Joomla, phpMyAdmin, XAMPP dan Jboss;
(f) Tidak melaksanakan konfigurasi mengikut amalam terbaik.


4. Sebagai langkah melaksanakan pengukuhan tuan/puan boleh merujuk kepada hebahan tersebut
"PengukuhaN Keselamatan ICT".

5. Kerjasama tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jabatan Pelajaran Perak

(Sumber: http://pelajaranperak.gov.my)

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)