Wednesday, August 20, 2014

Thursday, July 31, 2014

BACKPACKERS 2014 (PENANG - MEDAN (SILAU DUNIA) - ACHEH (BANDA ACHEH)


Tarikh : 08 - 12 DISEMBER 2014

Perjalanan pergi (sehala):
Jalan pantai sekitar 9 jam 30 minit.
Jalan taman nasional Gunung Lauser sekitar 15jam 30 minit



Insya Allah makanan dan minuman sepanjang di Acheh dijamin halal






terdapat juga tempat-tempat membeli belah di sekitar banda Acheh walaupun tidak semeriah di Bandung, Bukittinggi mahupun Medan










Pergerakan yang dirancang:

07.12.2014       :  Berkumpul dan bermalam di Kuala Kangsar

08.12.2014       :  Bergerak ke International Airport Bayan Lepas
                            Berangkat ke International Airport Kuala Namu, Medan
                            Bersama Pak Samsul ke Banda Acheh
                            Jangkaan sampai sesudah magrib (check inn)






09.12.2014       :  Pengembaraan Acheh
                           Tempat-tempat sejarah Tsunami
                            Menyampaikan sumbangan
                            Shopping
                            Cenderahati (Rencong) insya                                   Allah

PETA RUJUKAN:

PETA PERJALANAN KUALA NAMU - MEDAN - BANDA ACHEH







10.12.2014       :  Bertolak ke Kota Medan
                            Check inn

11.12.2014       :  Rayau2 Kota Medan
                            Bertolak ke Perkebunan Silau Dunia (Desa, Buang Jin, Gudang Garam)
                            Bermalam di desa

12.12.2014      :  Bergerak pulang ke Malaysia




LINK PENTING UNTUK MENAMBAH PENGETAHUAN:

BACKPACKERS MEDAN-ACHEH
KEMBARA KEINSAFAN ACHEH
TEMPAT WAJIB DIKUNJUNGI DI ACHEH
BANDA ACHEH BACKPACKER GUIDE

 Istana Maimun (Kota Medan)



Sumber GAMBAR 1,2,3 DAN 4: nota-kembara.blogspot.com



PROGRAM SUMBANGAN DAN BANTUAN SAUDARA BARU DAN MISKIN (POS YOUM, SG. SIPUT UTARA, PERAK)

Alhamdulillah, dalam program ini bayak insan yang perihatin telah menyumbang makanan seperti beras, minyak masak, susu pekat, gula, biskut dan lain-lain lagi. Tumpuan kali ini di sasarkan golongan saudara baru dan miskin di perkampungan orang asli di Pos Youm, Perak. Sumbangan adalah dari guru-guru SMK. Methodist, Sungai Siput (U), ahli keluarga dan rakan-rakan dari Sungai Siput dan Kuala Kangsar. Terima kasih diucapkan.

Jambatan yang sangat uzur di Pos Legap
 menziarah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan bantuan.





       

                        bersama Tok Batin Pos Youm

 Menghulur bantuan tidak kira di mana

 
saudara baru yang cacat (kakinya terpaksa dipotong) kerana dipatuk ular

 
menjamu selera di perkampungan Santeh (Pos Legap) setelah selesai acara sumbangan di Kampung Youm.




GOLOK (SIRI 4)

GOLOK LAMPAM (PERAK)


Untuk kegunaan kasar (menebang)

Mata berbentuk seperti ikan lampam


Kegunaan untuk memotong tulang dan menghiris daging
Hulu berbentuk buah jering




Wednesday, July 30, 2014

GOLOK SIRI 3

GOLOK KEDAH









GOLOK SEMBELIH






GOLOK SIRI 2


GOLOK PERAK (BILAH DAUN BULUH)




KAPAK SIAM
tidak pasti bentuk bagaimana asal kapak siam, tetapi kapak ini memang saya beli dari tukang besi terohor di Betong (Yala) Thailand. Merupakan kapak saya yang pertama. Alahamdulillah, selepas itu hadir yang kedua dan seterusnya... Sudah saya uji dengan mengapak tulang lembu, alhamdulillah selamat (matanya tidak sumbing), sedap dipegang, tidak mudah terlucut dan tajam (saya juga gunakan untuk menghiris daging)





GOLOK (SIRI 1)

SAYA BUKAN PANDAI BESI ATAU PENDEKAR YANG MAHIR DALAM PERSENJATAAN. SEKADAR PERKONGSIAN APA YANG SAYA PEROLEHI DALAM SETAHUN DUA INI, JUGA MERUPAKAN KOLEKSI PERIBADI SAYA... SEKIRANYA ADA KESILAPAN DI MANA-MANA HARAP DIMAAFKAN...



ANAK WALI 




WALI JANTAN





PARANG LADING





Tuesday, July 29, 2014

JENIS JENIS KERIS DIKENALPASTI



Jenis keris yang dianggap asli ialah Keris Majapahit (gambar 1) yang telah dipergunakan di tanah Jawa sebelum pertengahan kurun yang ke 14. Dan ianya dikatakan tidak digunakan sebagai senjata tetapi hanya sebagai azimat.

Suatu hal yang sangat menarik perhatian, kiranya dalam suatu penelitian dan kajian dijumpai sebuah senjata pendek sejenis keris dinegeri Vietnam (gambar 2) yang terbuat dari tembaga dengan ulunya bergambar orang dan bertarikh kira-kira 2000 tahun dahulu.



Sebagai senjata yang disanjung tinggi, maka ianya juga sangat berkaitan dengan yang namanya kesaktian ataupun kuasa yang istimewa pada sesuatu keris. Kononya Keris Laksamana Hang Tuah (Tameng Sari) boleh keluar sendiri daripada sarungnya dan terbang ke udara, seakan-akan mempunyai kuasa atau kesaktian untuk mengejar musuhnya. Terdapat pula sebuah cerita, sebelum perang dunia kedua, ketika diadakan pameran keris di sesuatu negeri, tiba-tiba pada suatu malam, salah satu keris yang ada di dalam peti keluar dengan sendirinya untuk membunuh musuhnya dan setelah selesai membersihkan bekas darah mangsanya bekas tikaman yang terlekat pada mata keris, maka keris itupun pulanglah ke tempatnya semula sebelum hari siang.


Konon ada juga terdapat kepercayaan yang mengatakan bahwa ada sebilah keris sakti yang boleh membunuh musuhnya hanya dengan menikam bekas tapak kaki orang yang dimaksudkan. Kemudiannya keris juga dipercayai boleh memindahkan api dari sebuah rumah yang sedang terbakar kepada tempat lain dengan mengarahkan ujung keris di tempat rumah terbakar itu ke tempat yang lain. Dan banyaklah cerita-cerita yang lain tentang kesaktian sebilah keris.

Berikutnya akan dapat diketahui beberapa bahagian dari sebilah keris itu dengan nama-namanya sekalian (gambar 3a, b, c) seperti berikut ini :




1. Mata Keris.
Mata pada sebuah senjata mempunyai dua arti. Yang pertama ialah bahan yang meliputi pada seluruh badan senjata itu dan yang keduanya ialah tepi mata yang tajam yang terdapat pada kedua-dua tepi badan matanya, umpamanya seperti yang kita lihat pada senjata yang bernama Tumbuk Lada ataupun Rencong Aceh hanya mempunyai satu tepi mata yang tajam.

Panjang atau lebarnya mata sebilah keris itu tergantung kepada bentuk-jenisnya. Setelah dilakukan penelitian bahwasannya pada sebilah keris itu mempunyai mata keris yang beragam dan tak sama ukuran panjang dan lebarnya. Hal yang sedemikian dapat kita lihat pada jenis hingga 10 13/16 inci. Sedangkan lebarnya antara 7/16 hingga ¾ inci. Adapun jenis kering yang biasa (gambar 4), panjangnya di antara 8 15/16 hingga 15 ½ inci. Lebarnya antara ¼ hingga 1 3/16 inci. Jenis Keris Panjang (gambar 5), panjangnya diantara 18 hingga 25 inci. Lebarnya di antara 11/16 hingga 15/16 inci.

Bagian-bagian dari keris :
- Putting keris
- Kepala cicak
- Leher keris
- Perut keris
- Sepit Rotan
- Dagu keris
- Ekor keris
- Kepit
- Aring
- Ganja
- Janggut
- Lambai Gajah
- Belalai Gajah
- Kambing Kacang
- Rigi
- Gandik
- Tulang keris
- Mata keris
- Pamo(u)r
- Ujung keris (tuntong keris)

Nama-nama bahagian ulu dan sarung keris
- Sampir
- Batir-batir
- Batang
- Tuli-tuli
- Buntut

Sedangkan jenis keris Sundang (gambar 6) sejenis keris yang dipergunakan sebagai senjata untuk menetak dan melibas dan bukan untuk menikam panjangnya di antara 18 5/8 hingga 24 ½ inci. Lebarnya di antara 1 3/8 hingga 1 11/16 inci. Mata sebilah keris ada yang lurus dan ada pula yang ber-lok dan jumlah bilangan lok-lok yang terdapat pada sebilah keris adalah dalam bilangan ganjil dan belum pernah ditemui lok-lok mata keris yang genap bilangannya. Konon menurut ceritanya adapula mata keris yang bilangan loknya sampai 31 dan 47 lok.

Menurut para cerdik-pandai dibidang perkerisan mengatakan, bahwa keris yang ber-lok boleh memberikan kecederaan yang lebih menggerunkan daripada sebuah tikaman keris yang lurus.

Mengikut kepada teori G. B. Gardner (pada tahun 1936) bahwa keris-keris yang asal mempunyai mata yang lurus dan juga lok-lok yang terdapat pada mata keris meniru dari senjata-senjata orang India yang terbuat dari tanduk kambing gurun. Sebenarnya tidak semua teori tersebut benar adanya. Kalau berkenaan mata yang lurus mungkin boleh diterima, tetapi kalau berkenaan dengan lok? Akan bisa dilihat perbedaannya, sebab tanduk kambing gurun berbentuk seperti pemulas yang bergelung (Gambar 7). Sedangkan lok itu walaupun berkelok juga tapi mata keris (Gambar 8) sama rata tebal dan tipisnya.

Adapun cara menghitung lok di mata keris adalah dengan mendahulukan bahagian berlok berselang-selang pada kedua belah mata keris mulai dari lok yang terletak di sebelah bahagian dagu ganja kemudian di sebelah bahagian aring, dan seterusnya. Jikalau keris itu hanya sekelok saja maka keris itu diperkatakan dengan keris berlok tiga. Beberapa nama keris dapat juga diperkatakan berdasarkan jumlah lok pada mata keris, umpamanya:
1. Keris Sapukal yaitu keris yang lurus saja (tidak berkelok).
2. Keris Sempana yaitu keris mempunyai 3, 5, 7 lok.
3. Keris Cerita yaitu keris yang mempunyai 9 sampai 15 lok.
4. Keris Rantai atau Keris Lemona yaitu keris yang memiliki 19 lok atau lebih.

Mata keris ada yang berpamor dan ada pula yang licin. Jika ianya berpamor, keris itu dinamakan Keris Berpamor dan yang licin dikenal dengan nama Keris Melela. Kebanyakannya keris-keris yang ada di tanah Melayu adalah keris berpamor.

Adapun yang dimaksud dengan keris berpamor adalah sebilah keris yang diperbuat atau di tempa oleh seorang pembuat keris (empu), dengan memadukan beberapa lapisan jenis logam besi dan nikel yang bentuknya lebih lebar daripada besi yang lain. Tepi- tepi keping besi yang lebar itu akan menjadi tepi-tepi mata keris dan apabila jenis-jenis lapisan ini ditempa ia akan mengeluarkan pamor yang halus dan cantik.

Mengikut kepada kepercayaan orang-orang Melayu, sebilah keris haruslah diperbuat atau ditempa sekurang-kurangnya terdiri dari 2 jenis besi yang berlainan. Dan jika berkehendakkan jenis keris yang lebih baik hendaklah ditempa dari 7 jenis besi. Konon, Keris Laksamana Hang Tuah telah ditempa dengan menggunakan 20 jenis besi yang diambil dari beberapa tempat.

Mata keris yang mempunyai lok-lok yang panjang, biasanya mengerjakannnya mulai dari bahagian pangkalnya berselang-selang di atas landasan setelah bahagian tersebut dipanaskan. Sedangkan mata keris yang lok-loknya pendek mengerjakannya dengan cara dikikir. Lazimnya hanya kepada mata keris Melela yang dikikir, sedangkan jika keris berpamor jika dikikir akan merusakkan kecantikan di mata keris itu.

2. Puting Keris
Puting keris juga biasa disebut dengan paksi ataupun tangkai, dan puting itu hendaklah diperbuat menyatu dengan mata keris yang dipasangkan ke dalam ulu keris.

3. Ganja Keris
Adalah sekeping besi yang mempunyai sebuah lubang untuk dipasangkan kepada puting keris. Pada satu bahagian ujung ganja bentuknya tebal serta tumpul dan bahagian yang lain meruncing serta berbentuk tipis. Ganja Keris biasanya dibuat dari bahan yang berlainan. Ada juga yang dibuat menyatu (seiras) dengan matanya, dan biasanya keris yang sedemikian disebut keris ganja seiras. Jikalau ganja dan matanya dibuat berasingan ianya dinamakan Keris Ganja Menumpang.

4. Dagu Keris
Adapun yang dimaksud dengan dagu keris adalah bahagian luar dari muka ganja.

5. Kepala Cecak
Jikalau kita perhatikan bentuk ganja keris dari bahagian atasnya, ternyata ianya mirip dengan bentuk seekor cecak (gambar 9). Bahagian yang terletak di ujung ganja keris itulah yang disebut kepala cecak.

6. Leher Keris
Leher keris terletak dibahagian yang cengkek di bawah kepala cecak.

7. Perut Keris
Bahagian perut keris paling mudah untuk dilihat, karena ia bahagian yang babor di bawah leher keris.

8. Sepit Rotan
Sepit Rotan pada keris terletak di bagian yang cengkek di bawah perut keris.

9. Ekor Keris
Sedangkan yang disebut ekor keris adalah bahagian yang berada di sepit rotan.

10. Kepit Keris
Kepit bahagian yang memotong dan berbentuk tipis berada di ujung ganja keris.

11. Aring Keris
Ialah kerawang-kerawang yang terdapat di ujung belakang ganja keris. Sebilah keris yang mempunyai ganja keris yang berkerawang, keris itu dinamakan keris ganja rawan atau keris ganja kerrawang.

12. Gandik Keris
Sedangkan yang disebut dengan gandik keris adalah bahagian yang terletak sangat dekat dibahagian dagu ganja.

13. Kambing Kacang
Kambing kacang atau disebut juga dengan awak merupakan bahagian kempum yang terletak di tengah-tengah kedua belah pangkal mata keris dan dekat dengan ganja.

14. Belalai Gajah
Belalai gajah atau disebut juga dengan kuku alang, adalah puting yang melengkung mengarah ke atas dagu ganja. Tersebutlah di sebuah museum (Musium Negara,Malaysia) mempunyai sebilah keris ( Gambar 10) yang memiliki belalai gajah terletak lebih kurang 2/3 dari bahagian pangkal matanya dan tidak berdekatan dengan dagunya.

15. Lambai Gajah
Ada juga yang menyebutnya sebagai Lidah Tiung, yaitu puting yang tajam dan terletak di ujung lengkong belalai gajah.

16. Rigi Keris
Bahagian yang bergigi atau bergerigi seperti sebesar sekira-kira ujung beras.

17. Janggut Keris
Kerawang-kerawang yang terletak di bawah aring dan belalai gajah.

18. Tulang Keris
Adalah garisan timbul, kadang-kadang terdapat di tengah-tengah kedua belah mata keris.

19. Ujung Keris
Adalah bahagian di ujung keris yang bentuknya runcing.

20. Tuntung Keris
Merupakan bahagian dari ujung keris yang paling ujung dan tajam.



21. Ulu Keris
Selain daripada jenis-jenis keris yang mempunyai ulu dan mata yang menyatu seperti Keris Majapahit dan Keris Picit (gambar 11) kesemua jenis-jenis keris yang lain mempunyai ulu yang biasanya diperbuat daripada kayu, tanduk, gading ataupun tulang.

Kayu yang dipilih untuk membuat ulu keris selalunya diambil dari kayu yang baik dan cantik, seperti kayu kemuning. Ulu yang diperbuat dari kayu adalakanya juga diseliputi dengan logam, seperti perak atau tembaga. Biasanya ulu keris yang terbuat dari emas adalah milik raja-raja atau kerabat diraja.

Sultan Muhammad Syah (abad 15) pernah mengisytiharkan bahwa hanya kerabat-kerabat diraja saja yang boleh menggunakan keris yang berulukan emas. Keris berulukan dikenal dengan nama keris ulu kencana, Keris Harubi, Keris Merubi ataupun Keris Bawang Sebongkol.

Oleh karena keris digunakan sebagai senjata untuk menikam maka ulunya dibentuk sedemikian rupa yang tidak mudah terlepas dari genggaman tangan. Cara untuk memasukkan mata keris dipasangkan pada ulunya ialah dengan memasukkan puting keris ke dalam lobang yang telah disediakan kemudian diperkuatkan lagi dengan menuang jabong untuk menutupi rongga-rongga lobang tersebut. Itulah sebabnya maka ulu-ulu keris dibentuk dengan keadaan sedikit bengkok.

Biasanya pada ulu keris terdapat ukiran-ukiran yang berbagai rupa yang mengikut kepada kemauan pembuat atau pemesannnya. Ukiran-ukiran di ulu keris juga mengikut kepada kepercayaan agama. Sebelum kedatangan agama Islam, yaitu semasa Hindu biasanya dibentuk menyerupai dewa-dewa Hindu seperti yang terdapat di Jawa dan Bali. Tetapi kemudiannya setelah agama Islam masuk ke nusantara bentuk tersebut telah berubah menjadi bentuk yang dikenali sebagai Jawa Demam (Gambar 3 b).

22. Pendongkok Keris
Ada juga yang menyebutnya dengan penongkok, dokok, dongkok, dulang-dulang keris ataupun memendak. Pendongkok yaitu sebentuk cincin berbentuk seperti tampik bunga yang dipasangkan pada pangkal ulu sebagai perhiasan kepada ulu keris. Pendongkok keris ini boleh diperbuat daripada perak (gambar 12 a) atau dari tembaga (gambar 12 b, c) dan biasanya berukir bunga.
Ada juga pendongkok dari tembaga yang dihiasi dengan bentuk bunga dawai pintal dan ada yang bertatahkan batu permata yang melekat begitu kuat oleh gandar-gandar pendongkok (gambar 12 d)



SARUNG KERIS
Sempurnanya sebilah keris jika ianya bersarung, oleh karenanya keris haruslah mempunyai sebuah sarung keris. Sedangkan sarung keris itu sendiri memiliki tiga bahagian tertentu yang disebut, Sampir, Batang dan Buntut.

23. Sampir
Ialah bahagian yang lebar serta tebal dan mempunyai bentuk jalur bujur sangkar (Gambar 13) dan jalur bulat (Gambar 14) yang terletak melintang secara miring pada bahagian atas sarung keris. Sampir diperbuat dari kayu yang keras dan cantik seperti kayu kemuning dan ada kalanya diperbuat dari gading.

Mulut sampir ditebuk untuk menyarungkan bahagian pangkal mata keris, itu sebabnya bentuk sampir selalu mengikut akan keadaan ganja sesebilah keris, yaitu miring ke atas pada sebelah aringnya. Kecuali pada sampir keris-keris Bali (Gambar 15) biasanya sampir-sampir keris ini tidak diukir. Ada kalanya sampir dibalut pula dengan perak yang berukir ukir-ukiran bunga.

24. Batang
Batang sarung keris berbentuk panjang lurus dan ada yang meruncing sedikit, kesebelah bahagian ujungnya. Bahan batang sarung keris juga diperbuat dari kayu atau gading. Biasanya kayu yang digunakan adalah kayu sena (sene) dan ada juga terbuat dari kayu kemuning.

Sebuah kayu yang akan dibuat untuk batang keris dibuat sedemikian rupa, kemudian dibelah sama besar. Setiap sekepingnya ditebuk atau dikorek (dikikis) sehingga beralut yang memungkinkan sebilah mata keris dapat masuk dan pas. Kemudian kedua keeping kayu yang telah dikikis itu dicantumkan (gabung) yang diperkokohkan dengan jabung (sejenis bahan perekat). Tetapi kalau batang keris itu terbuat dari gading, ianya tidak dibelah melainkan di korek sehingga mendapat bentuk torak bagi menyarungkan mata keris ke dalamnya.

Untuk menguatkan lagi cantuman (gabungan kayu yang dibelah) itu biasanya dipasangkan pula dengan simpai-simpai rotan ataupun gelang logam. Ini bukan saja menguatkan cantuman batang keris tetapi boleh menjadi perhiasan kepada batang keris itu sendiri.

Kemudian sarung keris (batang) dipasangkan pada sampir menerusi sepasang lidah yang disediakan pada batangnya (Gambar 16) dan dikuatkan dengan jabong.

25. Buntut
Buntut dari sarung keris juga diperbuat dari kayu, tulang, tanduk atau gading bahkan juga terbuat dari logam. Buntut sarung keris mempunyai empat jenis bentuk yang berlainan, yaitu:
a. Bulat Tempurung (gambar 17a)
b. Bujur Sirih (gambar 17 b)
c. Bujur Sangkar (gambar 17 c)
d. Mata Kapak (gambar 17 d)

Biasanya ada semacam kecenderungan sampir yang berbentuk seakan-akan bujur sangkar, maka bentuk buntutnya juga seperti bujur sangkar (gambar 18). Sebaliknya apabila sampir keris mempunyai bentuk jalur bulat maka buntutnya berbentuk bujur sirih ataupun bulat tempurung (gambar 19). Bagi buntut yang berbentuk mata kapak pula ianya hanya terdapat pada sarung keris bentuk jalur bujur sangkar dan tidak selalu buntut itu dibuat dari gading atau logam. Kecuali pada buntut berbentuk mata kapak. Bahwa apabila buntut keris berbentuk bulat tempurung ataupun bujur sirih disalut dengan logam pada bahagian batang sarung keris. Maka bentuk buntutnya bertukar kepada bentuk bujur sangkar.

Kalau seandainya pada bahagian bawah sarung keris (termasuk buntut) diseliputi dengan emas maka keris ini dinamakan keris pendok. Sebaliknya apabila pada keseluruhan batangnya (termasuk buntut) bersalut dengan emas, maka keris itu dinamakan dengan Keris Terapang. Tetapi apabila seluruh sarung disalut dengan emas maka ia dinamakan Keris Terapang Gabus.

26. Tuli-Tuli
Ada juga terdapat susunan bergelung pada batang sarung keris yang dibuat daripada tali benang emas. Ini dinamakan tuli-tuli yang kegunaannya ialah untuk mengikat sarung keris kepada tali pinggang si pemakaiannya. Biasanya tuli-tuli hanya terdapat pada sarung keris pendok ataupun batang keris yang tidak berselaput sesuatu logam.

27. Batir-batir
Tuli-tuli dipasangkan kepada sebuah butang emas ataupun perak yang dinamakan batir-batir.

CINCIN MELAWAN
Jika ujung keris itu terutama kepada keris yang memiliki ulu yang pendek, terhentak kepada tulang anggota mangsanya, biasanya jari-jari sipemakainya akan terlucut (lepas) daripada pegangan dan boleh terhentak kepada bahagian ujung aring keris, sebagaimana ditunjukkan pada gambar 20. a dan 20. b. Hal yang sedemikian boleh membuat jari-jari si pemakainya terluka.

Oleh karenanya untuk mengelakkan kejadian yang tiada diinginkan oleh sipemakainya, maka keris tersebut dipasangkan sebuah cincin pada jarinya dan ianya berbentuk tebal pada bahagian badannya. Menurut G.B. Gardner cincin ini dinamakan Cincin Melawan ataupun Cincin Pancar Kenyang. Akan tetapi di dalam kamus R. J Wilkinson ianya diketahui dengan mana Cincin Pacat Kenyang dan bukannya Cincin Pancar Kenyang.

KOLEKSI 2014

KERIS JAWA DEMAM (BENTUK BUGIS)










Kebanyakan hulu keris waktu zaman sebelum kedatangan Islam di Nusantara banyak di pengaruhi oleh agama dan metos seperti bentuk pemujaan dewa-dewa Vishnu, Ganesh, Garuda,Bima dan arjuna.





Walau bagaimanapun, setelah kedatangan Islam bentuk bentuk ganjil dan menakutkan tadi beransur menjelma kepada bentuk yang lebih islamik dan bermotifkan alam semulajadi.
Hulu keris diatas adalah rupa bentuk transisi yang jelas .bergelar "jawa demam" atau pun "sejuk".Bertinggung dengan tangan berpeluk tubuh.Sekali pandang seperti kedudukan 'qiam' dalam sembahyang.Bentuk kepala pula berbeza pandangan,setengah yang melihat seperti burung,katak dan bermacam macam mengikut imiginasi masing masing.





SELAMAT HARI RAYA 2014








BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)