Friday, November 20, 2009

CUBA RENUNG2KAN (KASIH IBU)

KISAH BUDAK DENGAN POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok, memetik dan memakan epal sepuas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu...
Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain denganmu" jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan buat keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batangku ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu."Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

PENGAJARAN
Sebenarnya, pokok epal itu adalah seperti ibu-bapa kita.
Ketika masih kanak-kanak, kita suka bermain dengan mereka.
Ketika meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup.
Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan.
Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

INGATLAH

Ziarahlah ibu bila ada kesempatan. Sebelum kamu terpaksa menziarah pusaranya...
Kirimkan ibu walaupun lima puluh ringgit. Namun wang bukan impiannya, hanya ingatan jadi taruhan.
Andai ibumu telah pergi.. kamu juga SANGAT beruntung kerana anak yang soleh selalu berpeluang mengirimkan doa untuk ibunya!
Hubungilah ibu hari ini, jangan tangguhkan ke hari esok, kerana esok belum tentu

Tuesday, November 17, 2009

KISAH IBU... HARGAILAH IBUMU

DARI KEKASIH UNTUK KEKASIH
(WAKTU KECIL)

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu


BILA REMAJA

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

KINI

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

RENUNGKANLAH
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.


Perjalanan terakhir seorang kekasih

Semoga ibu tenang dalam rahmat dan kasih Allah.. Semoga rohmu dicucuri rahmat.. AMIN

Alfatihah...

Sunday, November 15, 2009

KHABAR DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT

Sahabat kita Nor Hisan yang menanti kunjungan dan bantuan kita yang bernama SAHABAT..

wad 2 lelaki Hospital Sungai Siput 12.20pm

ibu jari yang dipotong sebelum ini telah sembuh, berjangkit kebahagian lain pula


Datanglah kawan, datang lah sahabat..
Semasa anda membaca dan melihat posting ini, Saudara kita Hisan sudah pulang ke rumah. Tetapi beliau tidak mampu berjalan dan bekerja untuk menyara keluarga.. ayuh rakan ayuh lah teman2 kita kumpulkan sekali lg bantuan dan hulurkan pada teman kita ini. Moga2 Allah tempatkan anda semua dalam kalangan hambaNya yang bersyukur...

TIPS MENGHILANGAN TEKANAN

Tips Mengurangkan Tekanan...

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidakterlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yangdihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akanterlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah iniakan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun,hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yangdilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertaidengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkantekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduksebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudahdiselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan dirimengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akanmudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quranwalaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quranialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehatdan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrabpada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amalibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solatsunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagaisolat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam danmendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatandaripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Inibererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukansecara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azandan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yangbenar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidakakan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Makakita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanyakepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapandengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yangBerkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nyajika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawatentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otakyang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kitamelakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan sepertibersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkanmasa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akanbertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salahsatu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkantekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidakterkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yanglain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapatdiredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasanhati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebutdalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" adasesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, merekaseolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, biladilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Mahamengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kitamempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untukmelakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dantiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mestimenghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelasdaripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlumencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kitayang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkandengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kitadengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan :
Sebagai kesimpulannya,tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

...INSYAALLAH...

Saturday, November 14, 2009

SELAMAT PERGI DAN KEMBALI

Sahabat,
selamat menunaikan ibadat haji.. jangan lupa seru2 lah kawan2 kat sini. Semoga mendapat haji yang mabrur..

Tuesday, November 10, 2009

LAWATAN KETUA POLIS PERAK

Lawatan Ketua Polis Perak, sempena program sekolah angkat PDRM...

Ketua Polis Perak(Kanan) dan Pengetua (kiri)


Senamrobik SMK. Methodist dan PDRM



Bendera SMK. Methodist dan watikah 'Turun dari Langit'


SMK. Methodist antara beberapa buah sahaja sekolah yang terpilih di seluruh negeri Perak. Pemilihan ini berdasarkan komposisi kaum yang sekata dan harmoni.. Go Methodist GO...

(Senamrobik Geng Belakang)

(senamrobik Orang depan)

MENANG...

Awal abang angkat tangan, nape??
Macam tak ready je orang belakang tu, nape ek?

Masa dan saat adalah hitungan manusia, mengapa kita mesti terikat dengannya? Perang tidak ada waktu. Benar, malaikat turun naik mengikut waktunya, tapi tuhan mencipta apa sahaja dengan sekali kun sahaja. Tidak ada saat, tidak ada waktu, tidak ada kiraan atau hitungan. Dalam pertempuran tiada masa untuk menghitung. Turun pada hari itu umpama benih dalam benih.. Hari apa itu? Hari yang tidak ada tapi wujud, umpama wujud nama tanpa benda. Contohnya, manakah tanda hari ini ialah hari khamis? Tidak ada bukan? Mengapa nama timbul? Begitu juga dengan hari itu, ia tidak ada nama apalagi waktu, ia tidak tertakluk kepada apa jua...

Saturday, November 7, 2009

PETUA BERSABUNG

Nota: Petua di atas diguna pakai dalam sebarang pertarungan. Antara pertarungan yang sesuai untuk diaplikasikan ialah perlawanan bola sepak, hoki, tinju, tomoi, silat dan lain2 jenis pertarungan lagi. Petua di atas adalah pegangan orang tua2 dahulu kala dalam menentukan lawan dalam gelanggang sabung ayam. Ayam yang dipilih tentunya yang bersesuaian dengan hari, point bulu, bulu dan kiraan hari menang. Ayam tersebut diturunkan dengan langkah kanan menghadap hari rezki dan membelakangkang hari lepas mengikut petua buah 20.

*Petua di atas adalah sekadar untuk tatapan dan pengetahuan pengunjung blog ini, bukan untuk diguna pakai kerana saya sendiri tidak pernah menggunakannya apatah lagi terlibat dalam sukan sabung ayam. Petua ini diwariskan kepada saya hanya bertujuan untuk tidak 'mempupuskannya'. Petua ini jarang2 didengar, diketahui dan diserahkan pada saya mungkin kerana keakraban dan persahabatan dengan golongan orang tua-tua. itulah rezki namanya bergaul dengan orang orang tua2 ini.

*Petua di atas masih belum sempurna jika anda belum tahu cara pengiraan dan petua melangkahnya. Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberi 100% petua ini atas sebab2 kerahsian. jika anda berminat, rapat2kan ah diri anda dengan orang2 berpengalaman dalam kalangan anda...




Friday, November 6, 2009

Sumatera and Mount Kerinchi Expedition 2003

kampus Univ. Andalas, Padang

Kampus Univ. Andalas, Padang

Naik Gunung Turun Gunung, Lu Kira Kagak Capek???
(kata2 teman Palawa UNPAD)
Belulang misteri di Tugu Yuda, puncak Gunung Kerinchi


Bersama teman2 KOMPAS USU, Univ. Sumatera Utara, Medan


Puncak Gunung Kerinchi 3,808m
Tugu Harimau Kerinchi

Pengalaman bersama teman2 USM (Harapan Adventure Team 2003), Univ. Sumatera Utara,Medan(KOMPAS USU), Univ. Bung Hatta, Padang (Mapala Proklamator) dan Univ. Andalas, Padang (Mapala UNAND). Pengalaman ini memberi jutaan pengajaran berguna. Inilah projek pertama USM membuat pendakian dan Explorasi gunung luar negara, dan aku diberi beban yang cukup besar sebagai ketua merangkap pengurus projek. Banyak pahit manis yang tentunya membantu melengkapkan proses kedewasaanku.. Terima kasih buat teman2 yang membantu dan seterusnya merealisasikan projek ini. Walaupun aku telah 'bersara' dari pergunungan, tetapi kenangan dulu di Padang terus menerus membawa aku menjelajah Sumatera dan padang khasnya 2 atau 3 kali setahun... Thanx n luv u all.........

WANITA DAN UNSUR-UNSUR

Baca dan fikirkan dimanakah anda. Saya rasa apa yang dikatakan ada
kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini.
Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam
keluarga:-
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa...

Tuesday, November 3, 2009

Berapa Harga Isteri Anda???

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,
suami dan anak-anakRugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan...
jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami,
kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap,
cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah',
kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali...

KOMEN MUFTI RUSIA (AYAT PADA KULIT BAYI)



Selamat membaca di bawah ini. DUNIA Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.


ALI

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan. Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah. Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.". Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat. Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam. Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu. Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia. "Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova. Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube. "Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi


Monday, November 2, 2009

Kenali diri melalui rambut

Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah

1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,
dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,
banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung.

3) RAMBUT KERINTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,
berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,
dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,
sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. (kalau nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini…. usaha
kasik kusut rambut orang…)

10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,
berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.

11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesiannya!!!

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU
KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutannnnnnnnnnnn nnnnnn… .. Huahuahuahuahua……..
_._,_.___

Sunday, November 1, 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAHBAWAH 15 TAHUN

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAHBAWAH 15 TAHUN(PROGRAM SELEPAS PMR)TARIKH : 17-19 NOVEMBER 2009
MASA : MULAI 8.00 PAGI
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh pelajar-pelajar berumur 15 tahun ke bawah iaitu
pelajar-pelajar Tingkatan 3, 2 dan 1.
2. Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan 9 orang pemain iaitu 7 orang bermain dan 2
orang lagi simpanan.
3. Kejohanan ini hanya untuk pelajar-pelajar SMK. Methodist sahaja.
4. Permainan dijalankan secara liga pada peringkat awal.
5. Masa permainan adalah 7 minit bagi setiap separuh masa.
6. Dalam peringkat kalah mati, jika berlaku seri, 3 tendangan penalti akan diberikan dan jika
masih lagi seri, tendangan penalti `sudden death` akan diberikan. Jika kesemua pemain
sudah mengambil tendangan, tetapi keputusan masih lagi seri, lambungan syiling akan
dilakukan.
7. Pasukan yang layak ke peringkat kalah mati akan ditentukan melalui mata yang dipungut.
Jika seri akan dilihat pada perbezaan gol, jika seri lagi akan dilihat jumlah gol yang dijaringkan.
Jika masih lagi seri akan dilihat pula kepada siapa yang menang dalam pertemuan kedua-dua
pasukan. Jika seri lagi akan ditentukan melalui tendangan penalti.
8. Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata dan seri 1 mata
9. Sila isikan nama yang penuh dengan ejaan yang betul dan jelas pada borang penyertaan.
10. Tarikh akhir menghantar borang ialah pada 16 Nov. jam 01.30 tgh. Undian akan dilakukan
pada 16 November jam 5.00 petang di padang sekolah.
11. Nama pasukan hendaklah nama yang menbawa maksud yang baik dan bukan nama yang
merapu-rapu.
12. Pemain yang bergaduh akan menyebabkan pasukannya dikeluarkan dari pertandingan.
13. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah sebanyak RM15.00.
15. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan yang tidak berasas tidak akan
dilayan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
En. Zamziba Zabidi
En. Akmal Nizam Salleh

SUMATERA EXPEDITION 2008

Airport Batam

Airport Padang

Dihadapan Kampus Utama Univ. Bung Hatta, Padang


Bukittinggi

Bas berhias


Teman2 mapala proklamator univ. Bung Hatta yang baik hati
(Bandara Padang)

Jambatan siti Nurbaya
(kini musnah. kesan gempa Padang)


Bukittinggi

Stesyen Terang Bulan

Paip Bomba

Singgah Minum dalam perjalanan


Di hadapan Seketeriat KOMPAS USU, Univ. Sumatera Utara

Kompleks Ramayana Padang
(Musnah akibat Gempa Padang)

Kedai Outdoor (Medan)

Teman2 KOMPAS USU yang baik hati (Medan)

Tuan Norahim (Radio Astra)
Best bang jalan dengan Pak Norahim ni, sporting


Komunikasi mudah dengan radio
(walaupun bilik sebelah-sebelah)

Depan Prasasti (batu Bersurat) Bukittinggi

Kopi Padang yang special
(Daun kopi pun leh wat air)

Kilang Kopi Padang

Kolam Ikan Sakti (Kelah) yang tak makan pancing

Bas jatuh gaung
(Antara Padang - Bukittinggi)

Berhenti kejap, ingatkan kenduri. Rupanya kemalangan


Next Sumatera Expedition 22 Disember 2009..
Sedap wooo makan Sate Padang. Tak caya tanya Pak Norahim
Sedap beb leh makan puas2 nasi Padang ngan Sate Padang. Kali ni dah beli siap2 tiket balik, xpdc 2008 dulu beli tiket pergi je tp tiket balik tak beli.. Sudahnya satu Padang cari tiket fligt xdak. nasib baik la kawan2 ramai kat sana tlong carikan... Thanx Maprok

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)