Monday, May 31, 2010

Serangan Konvoi bantuan Kemanusia Ke Gaza

Rakyat malaysia mahu tindakan lebih keras dan tegas dikenakan kepada rejim zionis Israel ekoran tindakan mereka menyerang kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam.

Masyarakat dunia perlu memikirkan strategi baru yang lebih serius untuk terus memberikan tekanan kepada rejim tersebut yang nyata sudah tidak lagi menghormati meja rundingan.

Masyarakat dunia sememangnya memerlukan satu strategi dan tindakan baru yang lebih serius, tegas, dan keras untuk memberikan tekanan kepada regim Zionis yang sudah terbukti tidak menghormati meja perundingan.

Malaysia perlu mendahului tindakan tersebut dengan mengambil tindakan proaktif dan segera bagi membawa isu ini ke Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan PBB.

Serangan ke atas konvoi tersebut katanya, memperlihatkan wajah sebenar kejahatan rejim zionis Israel yang tidak pernah menghiraukan kutukan masyarakat antarabangsa termasuk kecaman keras oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Puluhan resolusi yang dicapai di peringkat antarabangsa juga jelasnya nyata gagal menghalang regim Zionis Israel dari terus bertindak kejam dengan berleluasa.

Sehubungan itu rakyat malaysia mengutuk keras tindakan tersebut dan mahu Israel segara diberi pengajaran oleh masyarakat dunia.

Wednesday, May 19, 2010

ERTI PERSAHABATAN

Pada zaman Rasulullah, ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua "Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat?

Maka sahabatnya yang kedua menjawab, "Bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil dan membesar bersama-sama? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu. Apa lagi yang mampu aku
jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu?"

Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta"

Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu. Sahabat pertama tadi menjawab "Pulanglah kau kerumah, cari lah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."

Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Keesokan harinya, pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu. "Wahai sahabat. Puas sudah aku mencari jawapan untuk soalan mu tapi tidak juga kutemui." katanya sambil menangis. "Katakanlah wahai sahabat, apa kesalahanku??"

Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua. "Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong??". Sahabatnya menggeleng.

"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??" Sahabatnya menggelengkan kepala

"Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan ramadhan?Sahabatnya menggeleng lagi.

"Pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat??"Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabat pertama tadi mneruskan soalannya.

"Dan soalan ku yang terakhir. Pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki??" Sahabat kedua mendiamkan diri sambil menengis teresak esak.

"Tidak pernah bukan?? Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka
jahanam. Pergilah kau. Mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.

Moral:
Pernahkah kita melihat kedalam diri kita?? Layakkah kita untuk bergelar seorang sahabat?? Dan pandanglah teman yang sering kehulu kehilir bersama kita. Layakkah dia menjadi sahabat kita?? Renungkan sendiri dengan mata hati bukan dengan membuta tuli. Perbaikilah diri. Mungkin suatu hari kita layak untuk bergelar sahabat sejati dan hakiki. Berhati-hati memilih sahabat agar tidak Terpilih sahabat yang menjerumuskan kita kedalam neraka jahanam!
!

Monday, May 10, 2010

SURAT UNTUK IBU...

Warkah ini ditulis oleh cikgu Azam Felda beberapa hari menjelang kembalinya beliau kerahmatullah.. bagi kita yang masih bernafas ini, molek lah sekiranya kita ambil sedikit ikhtibar dari tulisan sahabat kita yang baru kembali menemui yang maha pencipta...

Hari ni rasa teringat kat emak. So, inilah surat untuk mak....

Mak.....
Rasanya terlalu bosan duduk membilang hari.....
Dah hampir 3 tahun mak pergi,
Baru semalam terasa pelukan mak
walaupun bukanlah kali pertama
tapi itulah yang terakhir
kehangatan pelukan mak masih terasa
meskipun ia sudah lama berlalu....
Mak tau tak.....
itu lah pelukan mak yang sentiasa di hati......
berbanding ratusan atau ribuan pelukan sedari kecil
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia......
Seminggu sebelum tu.....
mak sibuk buat persiapan Syam
nak bertunang
ini anak mak yang akhir
macam-macam mak buat
tapi mak kata banyak yang mak dah lupa
mak minta Mas upah orang
mak kata apa-apa pun buat le elok-elok
Tengahari tu mak telefon Mas
tanya bila nak sampai
Mak tak sabar nak tengok barang barang yang kami sediakan
Maaf le, petang tu Zam lambat tiba
Zam basuh kereta dan tukar tayar kereta

bukan apa mak, nanti tak le malu bila bawak mak, ayah dan Syam
bakal menantu dan kelurga diapun mesti tertunggu2 kita kan mak

Dalam perjalanan balik, ayah telefon suruh cepat sikit
katanya mak tak sihat
Zam heran, sebab masa telefon Mas tadi mak kata mak sihat je
Masa tu Zam baru sampai kat Salak, Zam terus bawak laju2
Angah cucu mak cakap jangan bawak laju2
Pah tak suka ayah bawak laju2
cucu2 mak memang pandai bercakap mak
mungkin teori makan cenonggeng ayam mak tu betul agaknye
walaupun Zam selalu gelak je nila mak cakap macam tu
Bila kami sampai mak nampak tak larat sangat
tapi mak minta Mas susun barang2 Syam tu atas katil mak
Mak macam dah tak nak tidur kat katil tu lagi malam nanti
Mak senyum bila dah barang2 tu tersusun semuanya
Zam ingat lagi mak cakap mak dah tak larat
masa tu Solihin tiba-tiba bangun dan berjalan
kami tepuk tangan
tapi kami perasan mak macam dah tak larat sangat
masa tu le mak bangun pergi ke bilik air
mak macam nak muntah
tapi tak de apa2 pun yang keluar
lepas tu mak cakap
Zam, tolong le mak Zammm
mak tak larat sangat ni
dari Zam kecil mak
tak pernah mak merayu macam tu kat Zam
terus Zam peluk dan cium dahi mak
Zam minta mak sabar
tapi mak memang dah tak larat
Kalau boleh memang Zam nak buat apa saja untuk mak
Zam mesti tolong mak
Lepas maghrib kami hantar mak ke hospital
maafkan Zam mak
Zam tak dengar cakap mak lagi
masa tu memang Zam bawa kereta laju2
tak sanggup Zam dengar mak macam susah nak bernafas
masa tu mak mesti dengar Mas pun menangis sama
bukan apa mak
menantu mak tu sayangkan mak
diapun tak sanggup lihat mak kesakitan
masa sampai kat hosital doktor cakap mak kena tahan wad
rupa-rupanya mak kena serangan jantung
patutle mak nampak betul-betul tak selesa
masa tu mak buka barang-barang kemas mak minta Mas pakai
malam tu mak tidur kat hospital
adik ida pun sampai malam tu jugak
malam tu adik teman mak kat wad
Zam tahu mak ngadu kat adik
Mak kata Zam tak jaga mak kat wad
mak nak Zam jaga mak
tapi Zam terpaksa tidur kat luar wad
wad tu wad perempuan
maafkan Zam makkkk
Tapi Zam masuk juga bila adik ida telefon
mak kata mak nak Zam juga
Maafkan Zam mak sebab tinggalkan mak masa mak tertidur
tapi Zam memang tunggu mak kat luar
malam tu Zam mengaji sepanjang malam mak
kerusi panjang kat luar hospita jadi saksi
Masa tu Zam memang risau mak
rasanya tak sabar nak tunggu hari siang
Esoknya pihak hospital nak hantar mak kat Ipoh
mak kata tak payah le
Maafkan Zam mak
Zam buat tak dengar je cakap mak
mak kata tak payah le bawa mak ke Ipoh
sebab doktor kata sakit mak makin teruk
bila dah terpaksa
mak minta Zam temankan mak
tapi anak mak ni betul-betul jahil
adik Ida yang temankan
Zam cadang ikut ambulan dari belakang
sampai Ipoh nanti senang nak ke mana2
Zam tak tahupun itu permintaan mak yang terakhir
mungkin masa tu mak takut ya mak
ampunkan Zam ya mak
masatu mak, kat rumah kita orang buat majlis doa selamat
bukan ke mak juga yang minta hari tu

tapi majlis tu bertukar jadi majlis bacaan yassi
n
untuk makk yang nazak
mak pengsan masa ambulan nak bergerak
Doktor cuba nak selamatkan mak
Kami sama-sama angkat mak ke wad kecemasan
rupa-rupanya mak,
mak nak meninggal kat Sg Siput
Masa mak koma semua adik beradik mak ade sama
anak-anak mak pun semua ade
Betul le kata mak
mak nak tengok semua orang ade masa mak meninggal
tentu mak nampak zam ade di kepala mak masa tu
Yang ana pun ajar mak mengucap
semua orang ajar mak
Nyah ni, Syam, adik ida dan menantu-menantu mak semuanye ade
Ayah pun ajar mak
Ayah kata dia maafkan segala kesalahan mak pada dia
dia redha mak nak pergi
Tentu mak nampak Syam menangis dalam kereta
tentu mak nampak juga Zam terduduk tesak-esak bila Awie kawan Zam sampai kat hospital
Rasanya itu le saat yang paling pahit dalam hidup ini
Malam tu kami mengaji buat mak sampai ke pagi
malam tu tentu mak nampak semua cucu-cucu mak baca Al Quran disisi mak
Pagi tu tentu mak nampak Zam jumpa Makcik Timah
Zam minta nak kebumikan mak lepas zohor
Zam berat hati nak lepaskan mak pergi awal sangat
Tentu mak dengar Makcik Timah nasihatkan Zam
Jangan siksa mak
Sebagai anak soleh, Zam kena uruskan mak dengan segera
Zam tak degil lagi mak
Zam dah dengar nasihat
Makcik Timah kata mak macam orang tidur je
mandikan mak pun tak susah sangat
mak macam dah sedia je
ya la, hari tu pun mak dah pesan macam-macam
mak kata barang-barang kemas mak bagi pada adik ida dan Yang Ana
tentu mak masih ingat kami kata mana boleh
kami nak juga
kami main2 je mak
Hari ini barang-barang mak semua kami dah serah pada adik ida dan Yang Ana
tentu mak suka kan mak
Masa hantar mak ke kubur zam temankan mak ya mak
cukup le masa naik ambulan hari tu Zam tak temankan mak
Rasanya van jenazah yang bawa mak hari tu laju sangat
walaupun Zam tahu memang pak cik tu bawa perlahan
tentu mak nampak kami sembahyangkan mak
maafkan Zam mak
Zam tak mampu nak jadi imam doakan mak hari tu
rasanye terlau sebak nak cakap apepun masa tu
tentu mak nampak Zam dan Nyah sambut mak masa dalam kubur hari tu
Rasanya tak sanggup nak tutupkan liang mak dengan papan waktu tu
Rasanya hati Zam ni hancur masa tanah menutupi jenazah mak hari tu
Mak tentu nampak Zamlah orang terakhir di pusara mak waktu tu
Zam risau mak
waktu hidup mak tak suka bila gelap
mak kata mak macam nak lemas
masa tu sampai sekarang Zam sentiasa doakan moga Allah terangkan kubur mak
Zam ingat lagi mak tak suka tempat sempit2
Zam doakan mak dilapangkan kubur
jadikanlah kubur sebagai salah satu dari taman2 syurga
Hari ni, mak Zam dah tak de sapapun mak
Ayahpun dah pergi ikut mak
Dah setahun dah mak
harap-harap mak dah jumpa pun ayah kat sana
Ayah sedih sebenarnye sebab mak tinggalkan dia
Ingat lagi masa mak dan ayah bertengkar hari tu
tapi mak dengan ayah nampak Zam dan Mas gelak je
maafkan kami ye mak, maafkan kami ye ayah
kami geli hati sebab mak cakap lain, ayah cakap lain
rupa-rupanya masa tu mak dan ayah dah kurang dengar
bila kami cakap apa yang berlaku
kita semua gelak sama mak dan ayah
masa tu Zam tak perasanpun itu tanda-tanda awal
mak dan ayah nak tinggalkan kami
maafkan zam yaaa

Masa ayah pergi hari tu dia senyum je
mungkin dia suka sangat dapat ikut mak
Lagipun sebelum tu pun dia asyik sebut nama mak je
rindu le tu
tak pe le ya mak
Zam cerita je perkembangan terbaru kat sini
Zam dah ade sorang lagi anak
perempuan macam yang mak harapkan
nama dia Wan Alia Humairah
Adik Ida pun sama
ada sorang lagi anak
anak dia Maizatul Nasrah
Zam tak degil lagi mak
Zam janji Zam jaga semua anak2 mak
Hari tu adik Ida urut kat sini
dengan orang Chandan
Encik Tahan dah tak larat
Baru bulan lepas dia ikut mak dan ayah
Jangan2 mak dah jumpa pun
tak pe le mak
lepas ni Zam nak pergi kursus
nanti Zam tulis lagi surat buat mak
Bila zam rindu Zam tulis le ya
tapi tak boleh nak pos pun
zam simpan je le ya mak

(Al Fatihah buat bondaku Sabariah dan Ayahandaku Azuddin)

Sunday, May 9, 2010

SAHABAT YANG PERGI.........

WARKAH YANG DITULIS OLEH CIKGU AZAM FELDA LASAH SEHARI SEBELUM BELIAU DIJEMPUT KE RAHMATULLAH.. azamanakfelda.blogspot.com


ESOK BILA AYAH PERGI

Anak-anak ayah

Dengar betu-betul pesan ayah

Lepas ni tak boleh cakap dah

Apabila kelu mulut dan lidah


Sekiranya esok ayah pegi

Jangan le anak ayah tangisi

Tapi kalau sedih di sanubari

Itu tanda anak ayah tetap dihati


Nabi dulupun sedih juga

Bila anak lelaki dia pergi tiga-tiga

Tapi jangan nangis lama sangat

Banyak benda anak ayah kena buat


Sedih lama sangat ayah tak mahu

Sebab tempat ayah pegi tu semua dah tahu

Ayah nak jumpa Dia

Ayah menyahut seruan Nya


Mula-mula sekali

Pasal solat sudahlah pasti

Kena buat setiap hari

Jangan abaikan walau sekali


Anak-anak ayah kena janji

Kena jaga diri sendiri

Ayah serahkan anak-anak pada Allah

Sebagai Penjaga, Pemelihara ayah berserah


Anak-anak ayah

Mama tu kena le dijaga

Waktu susah waktu selesa

Selama ni dia dah berjaga

Membesarkan kamu semua


Kata-kata mama jangan dilawan

Ayah tak de nak dibuat kawan

Lagi satu ayah nak pesan

Mama nak kahwin sila izinkan


Bila ayah dah pergi

Ayah dah tak de sapa-sapa

Kalau anak-anak ayah sudi

Doa-doakan ayah kat sana


Kalau anak-anak ayah simpati

Kirim-kirimlah fatihah

kalau ayah dekat dihati

Rajin-rajinlah bersedekah


Bukannya apa

Ayah dah tak de apa

Amal pun tak seberapa

Dosa yang bertimpa-timpa


Doa-doakanlah ayah

Semoga Allah tak marah

Banyaknya dosa tak tahu nak cakap dah

Soal jawab diharap mudah


Anak-anak ayah dah tahu dah

Ayah nak anak-anak ayah

Jadi hafiz dan hafizah

Jangan hampakan harapan ayah


Nanti bila ayah dah pergi

Anak-anak ayah jangan kelahi

Harta dunia ni macam daki

Semua orang boleh cari

Yang ada tu pakat le kongsi


Amalan setiap malam jangan dilupa

Surah Al Mulk Sejadah selalule baca

Solat malam diteruskan juga

Walau terpaksa bersengkang mata


Al quran dan Sunnah jadi panduan

Ayah ingatkan sebagai bekalan

Tinggalan oleh Rasul junjungan

Buat umat sepanjang zaman


Kawan-kawan ayah tolong beritahukan

Orang bawahan orang atasan

Segala silap tolong maafkan

Maklum le ayahkan Cuma insan


Hutang ayah tolong selesaikan

Guna duit ayah dalam simpanan

Yang baki tu bahagi2kan

Untuk yg hidup jadi bekalan


Ingat le anak-anak ayah nak kata

Pesan ni mesti dikota

Hidup jangan bersengketa

barulah kita tidak derita


Sekian saja pesanan ini

Untuk yang hidup dari yang mati

Ayah ni jangan dilupai

Lawatlah ayah jengukle sesekali


Di pusara ayah menanti

Amal sedikit temani diri

Wasiat ayah sila turuti

Supaya hidup bahagialah diri


p/s: Jangan lupa cium dahi ayah sebelum dikapankan yaa..

11 comment

Thursday, May 6, 2010

SELAMAT HARI IBU

Sempena hari ibu ini, ku panjatkan jutaan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan rahmat dan kasihnya, dititipkan kebahagian kepada hambanya ini dengan limpahan kasih sayang dari ibu tercinta. walaupun ibu telah pergi mengadap maha pencipta namun anak2 mu yang bakal meyertaimu kelak tetap mengingati dan mengasihimu dan tetap kami kenang dalam doa kami sekalian..

KepadaMu ya Allah, kami mohon rahmatmu agar di cucuri rahmat dan kebahagian berkekalan buat kekasih hati kami Allahyarhamah Mek binti Parman agar rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. Amin


Untuk ibu bapaku.. al-Fatihah

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)