Saturday, February 27, 2010

IKHTIAR HIDUP

PENGENALAN

Kegiatan luar merupakan satu bidang rekreasi yang bersikap aktif kerana mempunyai cabaran dan risiko tertentu serta memerlukan ketahanan fizikal dan mental bagi membolehkan seseorang melakukan dan menghadapinya . Cabaran dan risiko inilah yang akan melahirkan apa yang disebut sebagai ‘adventure’. Pada masa ini semakin ramai masyarakat kita yang telah menjadikan kegiatan luar sebagai sebahagian aktiviti rekreasi yang boleh memenuhi masa lapang.

Dalam melaksanakan kegiatan luar kadang kala kita tidak akan menduga bahawa berlakunya perkara yang tidak diingini. Tersesat di dalam hutan, kemalangan dan kecemasan semasa melaksanakan aktiviti luar adalah sesuatu risiko yang perlu dihadapi oleh setiap pengamal kegiatan luar. Dalam keadaan seperti inilah seseorang yang sememangnya mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal akan cuba berhadapan dengan apa jua keadaan demi menyambung terus kehidupan mereka. Kemahiran ikhtiar hidup adalah merupakan suatu amalan dan pelajaran yang amat berguna, terutamanya kepada mereka yang sememangnya sentiasa berminat dalam rekreasi yang berbentuk kegiatan luar. Kamus Dewan mentakrifkan ikhtiar sebagai pilihan atau berusaha mencari jalan bagi mencapai sesuatu maksud. Hidup pula ditakrifkan sebagai terus bernyawa atau bernafas. Perkataan ikhtiar hidup dapatlah dirumuskan sebagai sesuatu usaha atau mencari pilihan daripada pelbagai yang ada untuk terus hidup atau menyambung nyawa.


TUJUAN MENGETAHUI DAN MEMPELAJARI IKHTIR HIDUP

Para pencinta kegiatan luar sememangnya telah bersedia dengan setiap cabaran yang pasti akan dihadapi. Persediaan mental dan fizikal yang kukuh adalah diharapkan akan dapat membantu setiap ahli yang melakukan kegiatan luar agar mereka tidak mudah menyerah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika kegiatan luar. Diharapkan dengan mengetahui teknik ikhtiar hidup yang betul para peserta akan dapat menambahkan kemahiran dan pengetahuan mereka, khususnya dalam saat-saat yang memerlukan kemahiran tersebut.

Kemahiran dan teknik yang dipelajari juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan yang kukuh kepada setiap peserta dalam memilih pilihan-pilihan yang tepat dan jitu. Sebenarnya alam ciptaan Tuhan ini penuh dengan pelbagai khazanah yang boleh diterokai seperti firmannya yang bermaksud:

“ Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan dengan perutnya (menjalar) dan sebahagiannya berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah mencipta apa yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas apa juga” ( Surah Al-Nur: 45)

“ Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan
yang tidak berjunjung, pokok kurma. Tanam-tanaman yang bermacam- macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warna) dan tidak sama ( rasanya) “
( Surah Al-An”am: 141)

Kedua-dua maksud ayat di atas sudah cukup jelas kepada kita bahawa Tuhan telah mencipta alam ini dengan penuh kesempurnannya. Hanya kita perlu berikhtiar untuk mendaptkan segala yang disediakan oleh Allah s.w.t. Ini amat berkait rapat dengan apa yang sedang kita bincangkan. Penggunaan akal dan ikhtiar hidup yang sempurna sudah pasti dapat membimbing kita untuk terus memanfaatkan segala yang ada.

PRINSIP – PRINSIP IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar Hidup merupakan satu usaha yang dipelbagaikan dan memerlukan pemilihan yang bijaksana bagi mengatasi rintangan atau risiko yang dihadapi berdasarkan kepada keadan dan situasi tertentu, maka dinyatakan beberapa prinsip ikhtiar hidup yang diharapkan dapat membantu dan membimbing kita dalam menghadapi situasi yang agak genting. Antara prinsip-prinsip ikhtiar hidup yang dicadangkan dan perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

Penggunaan Alam sekeliling

Pemerhatian yang tajam
Tumbuhan dan Haiwan
Bentuk muka bumi – Bukit, sungai, laut dll
Cakerwala
Kemudaratan yang minima

Berkeyakinan

Berprinsip

Beriman
Percaya dan berkeyakinan kepada diri sendiri

Bekerjasama dalam kumpulan

Tidak mementingkan diri sendiri
Bermuzakarah dan bermuafakat
Patuh kepada keputusan kepimpinan ( muwakal)
Berpegang kepada kata-kata nasihat berikut:
“ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ”

Berkemahiran Tinggi

Mempunyai latihan yang cukup
Kejurulatihan
Pendidikan seumur hidup

Tidak Mudah Berputus Asa

Berusaha sedaya upaya
Berkeyakinan
Keiltizaman
Sujud kepada Tuhan

Ketakwaan

Beriman
Sentiasa berdoa

“ Dan apakah mereka tidak memerhatikan bumi. Berapakah banyaknya kami tumbuhkan dibumi itu pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang baik ?”
(Surah Al-Syu’ara:7 dan 8)

Undang-undang asas ikhtiar hidup

Menyediakan tempat perlindungan
Menghidupkan api
Mencari sumber makanan
Rehat yang mencukupi


Kemahiran dan teknik ikhtiar hidup

Beberapa teknik dan kemahiran ikhtiar hidup yang dianggap penting dan boleh membantu di saat menghadapi situasi kegentingan adalah seperti berikut:

Kemahiran membina tempat perlindungan sementara / Membuat Pondok

Beberapa pertimbangan haruslah diambil kira oleh individu untuk membina tempat perlindungan sementara di dalam hutan. Pondok hutan ini adalah sebahagian daripada kemahiran yang perlu ada pada seseorang jika mengalami masalah di dalam hutan . Perkara berikut perlu diberi perhatian:

Pemilihan tempat

Keselamatan daripada binatang buas dan serangga
Kemudahan mendapatkan bekalan dan sumber air
Kemudahan mendapatkan sumber makanan
Kemudahan untuk mendaptkan sumber untuk membina pondok.
Sumber atau bahan untuk membina pondok
Rotan atau akar untuk menggantikan tali
Daun-daun yang lebar untuk membuat atap dan alas tempat tidur
Banir pokok sebagai dinding atau penghadang

Jangka Masa Kediaman
Jangka masa pendek memadai dengan membina secara sementara sahaja (kurang kukuh)
Jangka masa panjang memerlukan pembinaan yang lebih kukuh

Makanan

Buah-buah hutan
Pucuk kayu
Ikan dan kerang
Binatang dan burung

Bilangan anggota

Untuk satu orang
Untuk dua orang
Untuk lebih daripada dua orang


Jenis-jenis pondok

Pondok pelindung angin

Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung berbetuk ‘ V’ terbalik. Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang. Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti daun bertam, nipah, senduduk, lalang dan sebagainya. Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang sempit , kawasan tanah lapang dan juga di kawasan tepi pantai.

Pondok Pisang Sesikat

Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat tiang. Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang. Bumbung dibuat curam kebelakang.Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar).Pondok ini juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja. Di mana bahagian bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah. Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan dilereng bukit.

Pondok satu minggu

Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang, berlantai serta mempunyai tangga.Berbumbong seperti pondok yang lain. Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap. Pondok ini baik kerana boleh didirikan dalam apa juga keadaan muka bumi. Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal dalam jangka masa satu minggu. Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan binatang-binatang buas.

Pondok Atas Paya

Pondok ini didirikan sama sahaja bentuknya dengan pondok satu minggu. Perbezaannya cma pondok ini didirikan dengan tiang yang tinggi melebihi tinggi satu orbg berdiri. Bahagian-bahagian yang terdapat dalam pondok ini terdiri dari bumbung, tiang, lantai dan tangga. Dibahagian bawah pondok disediakan gelagar tempat memasak. Pondok ini dibina bagi mengelakkan dari kawasan berair.

Perlindungan Semulajadi

Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua , banir pokok , anjung batu dan juga lereng lekuk juga amat sesuai dijadikan tempat untuk berteduh. Walau bagaimanapun pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu dari aspek keselamatan. Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan batu-batu yang longgar kedudukannya, kawasan laluan angin, laluan binatang,sarang serangga dan sebagainya.

Kemahiran Memasak Tanpa Alat

Dalam konteks ikhtiar hidup kemahiran memasak tanpa alat amat perlu dipelajari dan dipraktikan oleh semua orang. Tanpa sebarang pengetahuan tentang ilmu hutan, tentulah amat sukar bagi kita untuk memasak tanpa dapur dan peralatan lain, Namun pengetahuan tentang ilmu hutan telah membuktikan persekitaran luar mempunyai banyak bahan untuk menggantikan perlatan harian. Antara bahan yang boleh digunakan untuk memasak ialah daun pisang, buluh, ubi kentang, tanah liat, ubi keledek dan berbagai bahan lain.

Memasak nasi menggunakan buluh

Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi. Teknik yang digunakan sama seperti memasak lemang. Seruas buluh dipotong dan dibersihkan. Ambil daun pisang muda dan gulungkan lalu masukkan ke dalam ruas buluh, Kemudian masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut.Semasa memasak , tutup lubang buluh dengan menggunakan daun. Setelah air menjadi kering, kayu api perlu disuraikan bagi mengelakkan nasi menjadi hangus.

Nasi juga boleh dimasak menggunakan ruas buluh yang diletakkan secara melintang. Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkan pemegang.Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.Pastikan sukatan beras sama dengan sukatan air bagi mengelakkan nasi menjadi keras atau sebaliknya.


Memasak Nasi dengan menggunakan daun pisang atau menggunakan skaf

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan rendamkan beras terlebih dahulu.Jika telah kembang bungkuskan beras tersebut dengan daun.Kemudian ikatkan dengan ketat. Beras yang telah siap dibungkus bolehlah direbus menggunakan buluh atau bekas lain. Sementara itu teknik memasak menggunakan skaf atau kain ialah dengan cara membungkuskan beras yang telah direndam tadi. Kemudian basahkan kain / skaf tersebut sebelum ditanam. Buatkan lubang yang tidak berapa dalam sekadar menimbus skaf tersebut. Kemudian pasangkan api di atasnya. Adalah baik jika di masak di atasnya terdapat bara api yang kuat.


Memasak telur dalam keledek atau ubi kentang

Potong sebiji ubi keledek atau ubi kentang yang lonjong kepada dua bahagian, kemudian korek sebahagian isi di dalamnya. Masukkan telur ke dalam ubi tersebut dan tangkupkan dengan sebatang kayu halus. Kemudian mesukkan ubi ke dalam lubang yang ditutup dengan penutup tin biskut yang mempunyai arang bakar di atasnya.

Memasak telur menggunakan batang pisang

Batang pisang boleh digunakan untuk merebus telur. Potong batang pisang dan buangkan bahagian dalamnya. Lapisan luar juga dibuang beberapa lapis supaya tidak terlalu tebal. Masukkan telur ke dalam batang pisang tersebut dan tangkupkan kedua-dua batang pisang tersebut. Kemudian ikatkan dengan tali yang mengambil masa yang lama untuk terbakar.

Menggoreng telur di atas batu

Panaskan sebiji batu yang agak besar. Apabila telah cukup panas kuiskan batu tersebut ke tepi. Ambil daun pisang atau daun hutan yang boleh digunakan untuk memasak dan letakkan di atas batu yang sedang panas lalu pecahkan telur di atas daun pisang tersebut. Dalam beberapa minit sahaja telur tersebut akan menjadi masak. Dan hasilnya pasti memuaskan.

Memasak telur di dalam tanah atau disalut dengan tanah liat

Telur yang telah disalut dengan tanah liat di masukkan ke dalam api atau bara api yang masih kuat.Apabila tanah liat telah kering, satu letupan kecil akan kedengaran untuk menandakan telur tersebut telah masak. Selain itu kaedah lain yang boleh digunakan ialah dengan membuat lubang kecil pada tanah dan masukkan telur tersebut. Tutupkan lubang tersebut dengan tanah.Kemudian pasangkan api di atasnya.

Memanggang burung , ayam dan ikan

Burung atau ayam yang hendak dipanggang dibungkus dengan tanah liat tanpa membuang buluhnya. Kemudian masukkan ke dalam bara api. Apabila telah masak bulu ayam atau burung akan tertanggal daripada kulitnya dan melekat di tanah liat. Selain daripada itu ikan atau daging juga boleh dibakar di atas bara api. Caranya dengan mengpitkan ikan atau daging tersebut dengan sebatang buluh yang telah diubahsuai sebagai penyepit. Masak di atas bara api bagi mengelakkan masakan tersebut menjadi hangus.Daging atau ikan menjadi lebih sedap lagi jika dibubuh dengan perasa seperti garam, kicap dan sebagainya.

Membuat roti ‘twist’

Roti ini dibuat daripada tepung gandum yang telah diuli dengan sedikit garam dan air. Sebatang buluh atau kayu kecil digunakan untuk melilit tepung tersebut.Semasa melilit tepung tersebut pastikan ianya tidak terlalu tebal kerana jika tebal bahagian di dalamnya akan menjadi lambat masak. Jika perlu majerin atau keju boleh disapulan di bahagian atasnya apabila telah masak bagi menambahkan keenakkannya.

Kemahiran Menghidupkan Api

Api sangat penting untuk memasak, memanaskan badan pada waktu malam dan menakutkan atau menghalau haiwan liar. Sementara asapnya dapat melindungi diri daripada serangan nyamuk dan agas. Terdapat tiga jenis kayu yang sering digunakan untuk menghidupkan api iaitu:

i. Ranting kering – Ranting yang digunakan untuk menyalakan api
ii. Kayu lambat terbakar – Kayu yang menghasilkan bara untuk
memanggang
iii. Kayu cepat terbakar – Kayu yang terbakar dengan kuat.

Tapak yang digunakan untuk menghidupkan api mestilah dalam keadaan kering, jauh daripada khemah atau pokok dan dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya apinya tidak merebak ke tempat lain. Walau bagaimanapun tidak dinafikan akan timbul masalah jika dalam keadaan hari hujan. Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat sukar dicari. Namun ada beberapa cara yang boleh dicuba. Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar. Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang kering. Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat ‘ bunga jarau’. Gunakan bahagian dalam yang kering.


Beberapa cara menghidupkan api cara kuno dapat dibuat dengan menggunakan kaedah berikut:

Geselan buluh dengan buluh

Buluh yang digunakan adalah buluh yang betul-betul kering .Jika perlu dijemur hingga kering.Buluh yang pertama dibelah sebesar 2 cm. Dipotong melintang sedikit sahaja ditengah-tengahnya seperti lurah. Disebelah dalam buluh itu ditebuk sedikit supaya buluh itu mudah mendapatkan api apabila digeserkan. Ditempat itu juga akan diletakkan rabuk untuk menangkap api yang telah terhasil dari geseran buluh. Sebatang lagi buluh lagi yang sama besarnya dibuat bagi tujuan pengepit rabuk dan dicantumkan kedua dua bahagian dalam buluh yang pertama tadi. Kemudian ambil sebatang buluh lagi yang lebih kurang sama besarnya ditajamkan sebelahnya sahaja seperti mata parang. Cara untuk mendapatkan api dilakukan dengan mengesel bahagian buluh yang tajam pada buluh yang telah dicantumkan tadi.Pada permulaan buluh digeselkan dengan
perlahan-lahan dan dipercepatkan setelah mendapat tekniknya.Buluh yang menjadi panas akan mengeluarkan api. Api
itu kemudian akan ditangkap oleh rabok yang telah diletakkan , cara untuk mengetahui bahawa buluh itu telah menangkap api ialah apabila asap telah keluar daripada geseran.

Panah dengan busar (Kayu dengan kayu / kayu dengan buluh)

Dalam, teknik membuat api secara ini alat-alatnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
i. Bahagian Panah
Siapkan sebatang kayu bulat sebesar ibu jari disatu hujungnya Ditajamkan. Di hujung satu lagi dibuat lubang yang berupa jarum.Ambil sekeping kayu untuk busar buatkan lubang ditengah, Dihujung tadi diikat dengan tali dan hujung yang satu lagi diikat. Piring berbentuk leper bulat yang berlubang ditengah dimasukkan dahulu sebagai pengimbang.
ii. Bahagian kedua (Pelapik)
Bahagian pelapik ialah sebatang kayu atau juga menggunakan Buluh. Caranya ialah buat sedikit tapak untuk busir memusing. Selepas semuanya siap, panah tadi dipusingkan sedikit kepada Tali busir, seterusnya dihenjutkan supaya ia terus berpusing dengan piring pengimbang sehingga keluar asap.Setelah cukup Panas keluarkan panah dan tiup kayu pelapik pada kayu yang Berasap di sinilah api akan dihasilkan.


Gobek Api
Selain dari cara yang diterangkan di atas,penggunaan gobek api boleh juga menghasilkan api.Cara membuatnya dengan mencari teras kayu yang keras seperti cengal,meranti dan sebagainya.Tebuk satu lubang gobek yang dalamnya lebih kurang 3 cm, besar lubang sebesar anak jari kemudian cari kayu yang keras juga untuk
Dijadikan anak gobek. Besar anak gobek yang hendak dibuat adalah semuat dengan lubang gobek tadi, dihujung anak gobek diraut sedikit kemudian dililit dengan benang dan disapukan dengan lemak binatang, tujuannya untuk mengetatkan lubang tersebut, dihujung batang anak gobek tadi juga dibuat sedikit lubang untuk diletakkan rabok. Setelah persiapan dibuat masukkan anak gobek dimulut lubang gobek dan pukul dengan cara mengejut (menggunakan tapak tangan) dengan cara mengejut juga anak gobek ditarik keluar, cepat lihat, api akan terhasil dirabok pada hujung gobek

Pembalik cahaya
Untuk mendapatkan api menggunakan cara ini ialah dengan memasukkan rabok pada tengah pemancar lampu suloh, kemudian pancarkan ke matahari. Bentuk pancaran matahari ke rabok akan menjadikan satu titik halus yang bersilau.Tunggu dalam beberapa saat.Api akan terhasil apabila pancaran matahari tersebut cukup panas dan terus membakar.

Kemahiran Membina Jerat/perangkap dan alat tangkapan

Kemahiranmembina jerat/perangkap dan alat tangkapan juga amat perlu diketahui oleh individu yang gemarkan kegiatan luar. Malang tidak berbau. Jika berlaku sesuatu di dalam hutan atau kawasan pergunungan dengan kemahiran yang ada sudah pasti dapat membantu mengurangkan risiko yang dihadapi. Banyak sumber alam sama ada di kawasan hutan dan pergunungan yang dapat dijadikan alat untuk membuat jerat dan alat tangkapan lain. Antara bahan yang biasa digunakan adalah seperti buluh, rotan, anak kayu dan akar kayu. Sementara bahan-bahan yang boleh dijadikan umpan seperti buah-buahan, denak dan benda yang busuk (bangkai haiwan)

Jenis Jerat dan alat tangkapan

Lukah untuk menangkap ikan
Bubu
Serkap
Jerat pintas
Jebak
Getah Terap
Lembing untuk menangkap ikan
Jerat lubang
Jerat bakul atau kotak


Perangkap terbahagi kepada dua:

i. Perangkap berumpan

Perangkap jenis ini kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan. Dengan menggunakan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap. Tempat yang hendak di pasang hendaklah bersesuaian dengan jenis binatang yang hendak ditangkap.Tentukan terlebih dahulu apakah binatang yang hendak ditangkap dan apakah umpan yang sesuai bagi binatang tersebut.

ii. Perangkap tidak menggunakan umpan

Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang. Tetapi yang perlu dalam persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum. Kebiasannya jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang. Asalkan binatang melalui sahaja perangkap ia pasti akan terjerat. Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.

Jerat Bidas

Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak. Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat, Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan juga tupai.

Thursday, February 25, 2010

Air Mata Rasullullah S.A.W

Air Mata Rasulullah S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku -
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah SAW kepada kita.

Fikirkan...Renungkan....

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih ramai yang menyayangi mu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah SWT kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat.

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami."
(Ali Imran : 250)

*Kasihnya Rasullullah kepada kita, adakah kita juga mengasihinya?


Selamat Menyambut Maulidur Rasul





Sunday, February 21, 2010

IKAN BESAR


Bapak besarnye ikan ni, ntah sape la yang nk makan.. gambar ni saya ambil dari email yang dikirimkan oleh seorang teman. katanya ikan ini dinaikkan di pengkalan nelayan Mukah, Sarawak. ntah betul atau tidak perkara ini tak dapekla saya comfirmkan.. Tengok dan nilailah sendiri








Tuesday, February 16, 2010

Wonderful Definitions

School

A place where Parents pay and children play

Life Insurance

A contract that keeps you poor all your life

so that you can die Rich.


Nurse:

A person who wakes u up to give you sleeping pills.

Marriage

It's an agreement in which a man loses his bachelor degree and a woman gains her masters..

Divorce

Future tense of Marriage.

Tears


The hydraulic force by which masculine willpower is defeated by feminine waterpower.

Lecture

An art of transferring information from the notes of the Lecturer to the notes of the students without passing through "the minds of either"

Conference

The confusion of one man multiplied by the number present.

Compromise

The art of dividing a cake in such a way that everybody believes he got the biggest piece

Dictionary

A place where success comes before work

Conference Room

A place where everybody talks, nobody listens and everybody disagrees later on

Father

A banker provided by nature

Criminal

A person no different from the rest

....except that he/she got caught

Boss

Someone who is early when you are late and late when you are early

Politician

One who shakes your hand before elections and

your Confidence after

DOCTOR

A person who holds your ills by pills, and kills you by bills.

Classic

Books, which people praise, but do not read.

Smile

A curve that can set a lot of things straight.

Office

A place where you can relax after your strenuous home life..

Yawn

The only time some married men ever get to open their mouth.

Etc.

A sign to make others believe that you know more than you actually do.

Committee

Individuals who can do nothing individually and sit to decide that nothing can be done together.

Experience

The name men give to their mistakes.

Atom Bomb

An invention to end all inventions..

Philosopher

A fool who torments himself during life, to be wise


*just 4 FUN... UP 2 YOU



Sunday, February 14, 2010

GONG XII FA CHAI



Selamat menyambut perayaan tahun baru cina bagi rakan2 aku yang berbangsa tionghua.. semoga tahun harimau ini memberi sesuatu yang boleh membanggakan anda semua.. Happy New Year...


Aku cuma tumpang2 bangga sebab aku 'Anak Harimau' yang dilahirkan pada tahun harimau, tapi bukan harimau yang beranakkan aku, aku dikandung dan dilahirkan serta dididik oleh manusia agung Mek Binti Parman...


Saturday, February 13, 2010

RENUNG-RENUNGKANLAH

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu brskap lemah, dan jgnlah pula kamu brsedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12



Wednesday, February 10, 2010

ISLAM DAN MATEMATIK

Islam Sains & Teknologi: Barat iktiraf sumbangan ahli matematik Islam

DALAM sejarah tamadun manusia, Zaman Keemasan Islam iaitu antara kurun ke-9 hingga 13 adalah lintasan sejarah yang biasanya tidak dibicarakan secara bersungguh-sungguh atau terperinci oleh ahli sejarah Barat.

Sebenarnya bagi sesetengah orang Islam, Zaman Keemasan ialah pada zaman Nabi Muhammad dan empat khalifah (Saidina Abu Bakar, Othman, Omar dan Ali).Ada pihak yang mengatakan Zaman Keemasan Islam itu lebih wajar diistilahkan sebagai Zaman Perkembangan Intelek Islam.

Jika membuka buku sejarah sains, khususnya sejarah perkembangan matematik hasil karangan sarjana Barat, tidak dapat tidak, sesiapa yang mengetahui sejarah tamadun Islam sebenarnya akan berasa wujud satu pakatan sulit di kalangan penulis Barat ini dengan orientalis dan mereka yang anti-Islam dalam menutup sama sekali akan kebesaran dan kepentingan sumbangan sarjana Islam dulu dalam bidang apa juga, khususnya matematik.

Ramai pengarang Barat memberi gambaran bahawa ahli matematik dan ilmuwan Islam tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pertumbuhan matematik. Jika pun mereka bersimpati, mereka sekadar memberi penghargaan dengan menganggap sarjana Islam adalah penyimpan ilmu warisan sarjana Yunani (Grik Purba).

Dari semasa ke semasa memang ada beberapa sarjana Barat yang mengagumi sumbangan ahli matematik Islam pada Zaman Perkembangan Intelek Islam.

Dengan munculnya sarjana Islam moden yang memaparkan sumbangan sarjana Islam sebenarnya, dan ditambah pula dengan kekuatan ekonomi negara Islam sekarang, sikap konfrontasi sarjana Barat terhadap Islam, semakin berkurangan.

Umpamanya, pada masa ini, ramai sarjana yang berpegang kepada pendirian bahawa: “Pada masa lalu, sumbangan orang Islam kepada sains telah diabaikan oleh ahli sejarah.“Kajian yang lebih baru mengakui akan manfaat kita kepada sarjana Islam yang mempertahankan obor pembelajaran menyala ketika Eropah berada dalam kegelapan pada Zaman Pertengahan." (Karpinski dan Winter, 1930)

(Dalam teks asal, Karpinski dan Winter menggunakan istilah ‘the Arabs’ dan ‘the Mohamedans’ bagi merujuk ‘orang Islam’. Sikap ini secara tidak langsung menunjukkan sikap negatif mereka kepada Islam sebagai agama yang diwahyukan. SIkap ini semakin pupus)

George Sarton, sarjana Barat terkemuka bidang sejarah sains telah membuka seluas-luasnya pintu hatinya untuk memaparkan kebenaran itu. Beliau tidak segan-silu memaparkan kejahatan (atau sekurang-kurangnya kejahilan) sarjana Barat.

Katanya: “Pengkaji berkenaan dengan Zaman Pertengahan telah memberikan kepada kita idea yang palsu sama sekali mengenai pemikiran sains Zaman Pertengahan kerana penumpuan mereka yang terlalu eksklusif kepada pemikiran Barat, sedangkan pencapaian yang tertinggi telah diperoleh oleh orang Timur... sebutkan orang ini kepada mereka... Al-Kindi, Al-Khwarizmi, Thabit Ibnu-Qura,.. Al-Kharkhi,.. Omar Khayam, yang semuanya seagung sarjana yang dipuja di Barat.” (Sarton, 1968:17).

Seterusnya Sarton menegaskan lagi bahawa: “Abad kesembilan hampir sepenuhnya berupa abad orang Islam,... kegiatan sarjana Islam dan orang sainsnya, amatlah ‘superior’.

“Merekalah yang menjadi pemegangan piawai sebenar tamadun pada masa itu." (Sarton, 1968).

Lebih dulu daripada Sarton, Smith, menerusi buku History of Mathematics, mengakui bahawa:“Eropah berhutang Renaissancenya (pembaharuannya) kepada Zaman Keemasan Islam ini.” (Smith, 1923:177)

Sarton pula secara konsisten tidak habis-habis mengakui kecemerlangan sarjana Islam pada Zaman Keemasan Islam.

Beliau menegaskan: “Dalam membincangkan pertumbuhan budaya Barat kita hampir boleh mengabaikan kemajuan orang Cina dan Hindu dalam matematik.

“Tetapi, perbuatan meninggalkan kemajuan orang Islam akan merosakkan seluruh perkembangan kebudayaan Barat dan menjadikannya tidak boleh difahami. Kedudukan sarjana Islam dengan pewaris ilmu Yunani diibaratkan seperti kedudukan sarjana Amerika dengan sarjana Eropah.” (Sarton, 1952: 28-30)

Sumbangan Islam dalam arimetik, teori nombor, algbera, trigonometri, geometri dan kaedah berangka adalah besar dan amat bererti dalam sejarah perkembangan matematik.

Monday, February 1, 2010

PERALATAN OUTDOOR DAN AIR SOFT SERTA PAINT BALL

Tahniah buat sahabat Tuan Norahim atas pembukaan toko peralatan outdoor, airsoft, paintball, pertahan diri, ketenteraan, kepolisan dan banyak lagi.. Harapan dari temanmu agar perniagaanmu akan kekal maju. Rakan2 lain yang ingin mendapatkan peralatan2 seperti disebutkan di atas tadi bolehlah terus ke toko Pak Norahim (9W2OCD) yang terletak di belakang Stesen minyak Petronas Ulu kinta atau hubungi beliau 017-5722275..


Sewaktu bersama2 meneroka dan meneroka Ranah Minang (Bukittinggi)


Tahniah sahabat.. All the best n Good Luck...









KEMALANGAN MISTERI

Tanggal 29 Jan 2010 lalu, sekian kalinya kereta terbabas dihadapan rumah aku kat kampung. Kemalangan ni berlaku sekitar jam 12 malam.. Alhamdulillah, untuk sekian kalinya juga seperti sebelum2nya, kereta atau motosikal yang 'terbang' di depan rumah aku ni tidak melibatkan kehilangan jiwa mahupun sebarang kecederaan bahkan tidak melecet sedikit pun. Dalam kejadian ini hanya kereta Avanza ini rosak teruk dan kehilangan di pihak kami hanyalah tiang pagar, benteng longkang dan sedikit pagar..






BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG


BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)