Tuesday, November 3, 2009

KOMEN MUFTI RUSIA (AYAT PADA KULIT BAYI)



Selamat membaca di bawah ini. DUNIA Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.


ALI

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan. Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah. Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.". Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat. Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam. Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu. Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia. "Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova. Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube. "Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi


Monday, November 2, 2009

Kenali diri melalui rambut

Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah

1) RAMBUT LURUS -
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,
dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,
banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung.

3) RAMBUT KERINTING NEGRO-
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

4) RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,
berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT-
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,
dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG-
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,
sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL-
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT-
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. (kalau nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini…. usaha
kasik kusut rambut orang…)

10) RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,
berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.

11)TIADA RAMBUT-
(Botak) ..kesiannya!!!

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU
KEHIJAU HIJAUAN -
itu rambutannnnnnnnnnnn nnnnnn… .. Huahuahuahuahua……..
_._,_.___

Sunday, November 1, 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAHBAWAH 15 TAHUN

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAHBAWAH 15 TAHUN(PROGRAM SELEPAS PMR)TARIKH : 17-19 NOVEMBER 2009
MASA : MULAI 8.00 PAGI
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh pelajar-pelajar berumur 15 tahun ke bawah iaitu
pelajar-pelajar Tingkatan 3, 2 dan 1.
2. Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan 9 orang pemain iaitu 7 orang bermain dan 2
orang lagi simpanan.
3. Kejohanan ini hanya untuk pelajar-pelajar SMK. Methodist sahaja.
4. Permainan dijalankan secara liga pada peringkat awal.
5. Masa permainan adalah 7 minit bagi setiap separuh masa.
6. Dalam peringkat kalah mati, jika berlaku seri, 3 tendangan penalti akan diberikan dan jika
masih lagi seri, tendangan penalti `sudden death` akan diberikan. Jika kesemua pemain
sudah mengambil tendangan, tetapi keputusan masih lagi seri, lambungan syiling akan
dilakukan.
7. Pasukan yang layak ke peringkat kalah mati akan ditentukan melalui mata yang dipungut.
Jika seri akan dilihat pada perbezaan gol, jika seri lagi akan dilihat jumlah gol yang dijaringkan.
Jika masih lagi seri akan dilihat pula kepada siapa yang menang dalam pertemuan kedua-dua
pasukan. Jika seri lagi akan ditentukan melalui tendangan penalti.
8. Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata dan seri 1 mata
9. Sila isikan nama yang penuh dengan ejaan yang betul dan jelas pada borang penyertaan.
10. Tarikh akhir menghantar borang ialah pada 16 Nov. jam 01.30 tgh. Undian akan dilakukan
pada 16 November jam 5.00 petang di padang sekolah.
11. Nama pasukan hendaklah nama yang menbawa maksud yang baik dan bukan nama yang
merapu-rapu.
12. Pemain yang bergaduh akan menyebabkan pasukannya dikeluarkan dari pertandingan.
13. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah sebanyak RM15.00.
15. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan yang tidak berasas tidak akan
dilayan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
En. Zamziba Zabidi
En. Akmal Nizam Salleh

SUMATERA EXPEDITION 2008

Airport Batam

Airport Padang

Dihadapan Kampus Utama Univ. Bung Hatta, Padang


Bukittinggi

Bas berhias


Teman2 mapala proklamator univ. Bung Hatta yang baik hati
(Bandara Padang)

Jambatan siti Nurbaya
(kini musnah. kesan gempa Padang)


Bukittinggi

Stesyen Terang Bulan

Paip Bomba

Singgah Minum dalam perjalanan


Di hadapan Seketeriat KOMPAS USU, Univ. Sumatera Utara

Kompleks Ramayana Padang
(Musnah akibat Gempa Padang)

Kedai Outdoor (Medan)

Teman2 KOMPAS USU yang baik hati (Medan)

Tuan Norahim (Radio Astra)
Best bang jalan dengan Pak Norahim ni, sporting


Komunikasi mudah dengan radio
(walaupun bilik sebelah-sebelah)

Depan Prasasti (batu Bersurat) Bukittinggi

Kopi Padang yang special
(Daun kopi pun leh wat air)

Kilang Kopi Padang

Kolam Ikan Sakti (Kelah) yang tak makan pancing

Bas jatuh gaung
(Antara Padang - Bukittinggi)

Berhenti kejap, ingatkan kenduri. Rupanya kemalangan


Next Sumatera Expedition 22 Disember 2009..
Sedap wooo makan Sate Padang. Tak caya tanya Pak Norahim
Sedap beb leh makan puas2 nasi Padang ngan Sate Padang. Kali ni dah beli siap2 tiket balik, xpdc 2008 dulu beli tiket pergi je tp tiket balik tak beli.. Sudahnya satu Padang cari tiket fligt xdak. nasib baik la kawan2 ramai kat sana tlong carikan... Thanx Maprok

MALAYSIA-THAILAND EXPEDITION 2009

Sempadan (pasar Wang Kelian)

Bergambar beramai2 bersama gabenor Satun, Thailand



Persiapan awal dan memanaskan badan
(Pusat Ko-Kurikulum Perlis)
Makan tido free beb... tq, tq
Sempadan Malaysia-Thailand

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)