Monday, December 28, 2009

AKU, CUTI DAN RANAH MINANG (BUKITTINGGI)

sekian kalinya aku jejakkan kakiku di ranah minang yang kaya dengan adat istiadat. Bersyukur aku selamat dalam kejadian gempa tanggal 23hb dis 2009 yang lalu. mungkin kejadian itu sedikit sebanyak dapat menginsafkan diri ini insyaAllah.. Perjalanan kali memberikan aku pelbagai pengalaman baru, antaranya bertemu teman baru, makanan terbaik, melawat ke kampung2 pedalaman, melihat dan membeli senjata (pisau) di pusat pembuatannya di desa dan lain2 lagi. insyaAllah suatu hari nanti jika dpanjangkan umur dan dimurahkan rezki aku akan berkunjung lagi di bumi adat, ranah minang ini.

1. Lobang Jepang
peninggalan jepun. terletak 200m dari Jam Gadang Bukittinggi..





2. Tugu Bung Hatta
Proklamator Bung hatta salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia. Berasal dari Ranah Minang. Tugu ini terletak hanya 50m dari Jam Gadang...

3. Jam Gadang
Merupakan mercu tanda bukittinggi. Semua hotel besar, kompleks dan gerai membeli belah terletak di sekeliling jam ini.. Jam Ini adalah peninggalan Belanda. Kawasan sekitar jam ini hidup siang dan malam..
3. Melawat desa Sungai Puar
Di desa ini sempat bertemu dan beramah mesra dengan penduduknya. Selain itu dapat melawat sekitar kawasan persabungan ayam dan bengkel pembikinan senjata seperti pisau, pedang, keris dan lain2 lagi..



4. Kawasan Kebun Binatang dan Jambatan Limpapeh
Di sini juga terdapat Kota Fort De Cork, Rumah gadang (Muzium Ranah Minang), taman haiwan dan lain2 lagi. Jauhnya dari Jam Gadang Sekitar 1km




5. Gerai menjual senjata
Terdapat pelbagai jenis senjata dijual di sini. Terletak agak ke belakang Pasar Atas.. Agak sukar mencari gerai2 ini walaupun ditanya pada penduduk setempat. Aku pun sebab dah jadi tempat wajib bila ke sini. Itupun puas berpusing2 baru jumpa...


5. Wall Climbing
Kat sini benda ni diorang main2 jer. mksud aku, wall ni tak kira umur, masa dan peralatan, main belasah je.. kat sini penuh dengan 'tatasusilanya'..
6. Kedai membeli- belah
Tempat ni terkenal sebagai syurga membeli belah bagi kaum hawa. tak percaya, bawalah bini korang ke sini, comfirm rabak poket. Aku dah sangat percaya... sebab dah 2 kali aku bawa bini aku ke sini..


7. Nasi Padang (AMPERA)
Bagi aku, ini yang terspecial. buktinya, datang dengan 67kg tetapi pulang dengan 70kg.. hebat tak muntah kedarah aku 4 hari kat sini..


8. Pedati Nusantara
Pesta daerah sesumatera ini diadakan setahun sekali. Menggabungkan kesenian, komoditi dan lain2. Bertuah benar aku yang mencintai seni dan tarian ini dapat peluang keemasan bersama penduduk2 padang menghadiri pesta ini. Perkara yang aku paling bertuah adalah dapat menonton tarian SI Gali-Gali yang original oleh penari2 istana presiden yang juga johan tarian indonesia 5 tahun berturut2. Selain itu dapat menonton tarian2 lain dipersembahkan oleh2 penari2 profesional dan amatur. Tarian oleh penari profesional waktu malam manakala oleh penari sekolah menengah (SMA) pada waktu petang.. best wooook


8. Museum Perjuangan
Merupakan tempat yang sesuai bagi mereka yang cintakan sejarah perjuangan rakyat menentang penjajah..
9. Ngarai Sianok dan Panorama
tempat yang sesuai untuk membeli belah dan bermanja2 dengan pasangan anda.. datang ler, cantik pemandangannya.
10. Makanan Pelik2
Kalau korang macam aku, meh sini rasa makanan yang pelik2. antaranya teh telor itik dan lain2 lagi.. sedap, memang sedap..
11. Pengalaman gempa bumi
di hotel inilah ketika sarapan di tingkat bawah tanah aku digegarkan oleh gempa berskala 6.1.. cuak juga bang kena gempa ni. Terima kasih Hotel Benteng di atas layanan mesra anda semua...


12. Naik bendi (kereta kuda) pusing kota
Seronok juga dapat peluang ronda2 kota raya naik kereta kuda, dapat melapangkan fikiran selain mengeratkan kasih suami isteri..

BUKITTINGGI.. SEMOGA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA.....

Sunday, December 27, 2009

AKU, CUTI DAN GEMPA SUMBAR (PADANG)

walaupun sudah dua bulan berlalu, namun kesan fizikal gempa masih dapat dilihat dengan jelas. Itu baru kesan fizikalnya, namun yang jelas ketara adalah truma akibat gempa.. terlalu sedih melihat teman2, saudara mara rakan seagama menanggung azab gempa ini. Alhamdulillah saya antara orang yang berpengalaman dengan gegaran gempa ni. tanggal 23 dis 2009 jam 9am waktu malaysia ketika saeapan di hotel benteng, bukittinggi. Saat itu boleh dilihat bagaimana trauma masyarakat sumbar yang ada pengalaman gempa ini. Bergegas mereka lari lintang pukang apabila gempa terbaru ini berlaku. Apa pun, syukur aku dan isteri selamat dalam kejadiaan ini





"tidak beriman seseorang itu selagi tidak diuji dengan musibah" maksud hadis.... Beruntunglah sesiapa yang diuji dan redha dengan ujianNya. Semoga roh mereka yang meninggal ketika gempa dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. amin

Friday, December 18, 2009

KEINDAHAN JARI-JEMARI

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

AKU DAN AIDIL ADHA

Alhamdulillah raya tahun ni banyak aktiviti korban di kampun aku, bermula raya pertama hingga ketiga berpuluh ekor yang tumbang.. yang paling penting, kami adik beradik seramai 13 orang masih dapat menjalankan aktiviti korban di rumah seperti tahun2 yang lalu. Alhamdulillah, aktiviti korban kerbau atau lembu yang dijalankan sejak ayah dan ibuku masih ada dapat dijalankan seperti dirancang. terima kasih tak terhingga kepada ipar duai, saudara mara dan rakan sekampung yang datang membantu..




ini korban yang dijalankan oleh kami adik beradik.. terima kasih kepda semua yang terlibat. diharapkan tahun2 yang akan datang ibadah korban ini dapat diteruskan.


Ibadah korban di pondok pengajian Bukit salim berdekatan dengan rumah aku..



Ramai yang terlibat dalam ibadah korban di pondok ini selain penduduk kampung yang datang membantu.. 7 ekor lembu dan 2 ekor kambing untuk pondok tahun ini.


Pak Su Lid jadi jaguh mengapak tulang tahun ini.. Sedap bang makan sup tulang ni beramai2 di cicah dengan air asam.. Perrrghh

Thursday, December 17, 2009

AKU, CUTI DAN JALAN2

Cuti2 malaysia hujung tahun ni dapata la jalan sikit2.. nak jalan2 sangat pun musim berkhatan, ada kerja yang perlu dibereskan. pe pun, syukur kerana masih dapat peluang makan angin sikit2. Alhamdulillah..

1. Rumah P Ramlee
Sempat la singgah kat rumah P Ramlee ni waktu pergi ke Rope Walk, Pulau Pinang



2. Rope Walk
Terletak bersebelahan Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.. Kalau korang berhajat dengan barang2 antik, di sini lah tempatnya..


3. Gurney (Padang Kota Baru), Pulau Pinang.
Sedap leh lepak2 kat sini. Teringat zaman muda2 dulu lepak kat Stulang Laut, JB..
4. Pasar Kepayang, kuala Terengganu
Dapat juga aku beli buah tangan kat sini walaupun turun Terengganu kali ni atas urusan kecemasan bantu kawan. Per pun lepas juga la ketagihan pada nasi dagang ikan tonggkol dan dapat merasa bawa kereta Lancer GT.. Perrghhh

5. Kek Hari jadi aku...
Bini aku sayang kat aku, di beli kek hari jadi.. Korang ada ke? huhuuu, gurau jek jangan marah
6. Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim)
Korang kalau datang Taiping jangan lupa singgah muzium ni, macam2 ada. lepas melawat muzium dapat hadiah mee udang (bayar sendiri)


7. Kuala Kurau, Perak
Datang sini boleh memancing, makan ikan fresh dan yang paling istimewa kari ikan sembilang... berasap bang....
NEXT : 22-25 DISEMBER (BUKITTINGGI, SUMATERA BARAT)

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)