Wednesday, March 10, 2010

JEMPUTAN HARI ANUGERAH


Kepada yang cemerlang, tahniah diucapkan. manakala bagi yang kurang baik diharapkan tabah dalam terus mencuba..

Friday, March 5, 2010

5 PEKARA ELOK DISEBUT

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3.Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.



KISAH PATAH TULANG

Ntah ujian apa yang datang melanda, dua manusia yang rapat dan aku kasihi di timpa musibah. Seorang kemalangan motosikal dan retak tulang pinggang, seorang lagi patah tulang tengkuk sewaktu perlawanan ragbi. Seorang anak sahabat baik yang juga bekas pelajar Method (Hafizul Rahman) manakala seorang lagi anak saudara aku sendiri (Sariful hassan).. Aman dah selamat pulang ke rumah, insyaAllah akan terus sembuh dan ku doakan berjaya dalam apa bidang yang diceburinya. untuk Epol yang baru selesai pembedahan, uncle harap epol akan terus tabah dalam apa bidang sahaja yang pilih. Berhenti main ragbi bukan bermakna hidup tidak bahagia.. Epol, tabahkan hatimu kini dan selamanya....

Aman.. dah senbuh adik aku ni.. Alhamdulillah



Tabahkan hatimu Epol.. Kami semua tetap di belakangmu

* Ujian dari allah bermakna Allah sedang menguji iman dan kesabaran kamu


Wednesday, March 3, 2010

TEORI ORIENTEERING

ORIENTEERING ASAS

DEFINISI

Orienteering ialah satu sukan di mana peserta dengan berpandukan peta dan kompas dikehendaki mengemudikan dirinya ke titik-titik kawalan yang telah ditandakan di atas peta dan telah ditempatkan di atas mukabumi, mengikut susunan tertentu.

Satu sukan rekreasi yang memerlukan pesertanya mengemudikan dirinya sendiri, berjalan atau berlari, menempuhi pelbagai variasi rupabumi untuk tiba ke destinasi yang telah ditetapkan. Di dalam pergerakan ke beberapa destinasi yang dikenali sebagai Titik Kawalan. Peserta adaah bebas untuk memilih laluannya sendiri dengan berpandukan peta dan kompas.

Orienteering merupakan sukan yang mana memerlukan anda berfikir sambil berlari. Walau bagaimanapun anda tidak boleh mengambil masa yang lama untuk berfikir bagi mengatasi masalah pergerakan anda. Ini adalah kerana matlamat larian di dalam orienteering adalah untuk melawati kesemua titik kawalan dalam masa yang singkat.

Orienteering bukanlah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan fizikal seperti aktiviti larian yang lain. Kemahiran membaca peta merupakan elemen yang penting di dalam orienteering memandangkan anda perlu menentukan laluan yang terbaik.

Aktiviti ini merupakan sesuatu yang memerlukan imbangan fizikal dan mental yang baik terhadap laluannya dengan mudah dapat ditewaskan oleh seseorang peserta yang perlahan lariannya tetapi memberikan tumpuan yang lebih kepada pembacaan peta dan pemilihan laluan.

SEJARAH ORIENTEERING

Mula diperkenalkan di Sweden pada tahun 1918 di kalangan tentera dan kemudiannya Major Ernst Killander mempopularkan sukan orienteering kepada orang awam.

Pada tahun 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation – IOF) ditubuhkan di Copenhagen dengan keahlian 10 buah negara – Bulgaria, Czecholovakia, Denmark, Finland, Hungary, Jerman Barat, Jerman Timur, Norway, Sweden dan Switzerland.


PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Orienteering mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudiannya pada tahun 1986 Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan. Pada tahun 1988, Persatuan Orienteering Kuala Lumpur telah mengadakan Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama.

Walaupun sukan orienteering di Malaysia pada ketika itu masih belum mempunyai badan peringkat kebangsaan, namun demi untuk mengikuti perkembangan dunia orienteering di peringkat antarabangsa, WOA telah berusaha untuk memohon bagi mewakili Malaysia untuk menjadi Ahli Gabungan kepada IOF pada tahun 1992. IOF telah meluluskan dan mengiktiraf WOA sebagai sebuah badan sementara bagi mewakili Malaysia di dalam IOF.

Pada tahun 1994, sebuah badan induk peringkat kebangsaan iaitu Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) telah berjaya ditubuhkan bagi menyelaras dan mengawal segala aktiviti sukan orienteering di Malaysia dan sebagai satu badan yang mewakili Malaysia di dalam IOF. MOA ditubuhkan dengan mempunyai 6cawangan negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang Kedah, Trengganu dan Johor.




JENIS-JENIS ORIENTEERING

Terdapat beberapa jenis aktiviti dalam Orienteering :-

Orienteering Merentas Desa (Cross Conutry Orienteering)

Orienteering Merentas Desa ini juga dikenali sebagai Acara Klasik ( Classic Event). Di dalam acara ini, peserta dimestikan melawat kesemua titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat kesemua titik kawalan tersebut, penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan di kawasan rupabumi yang pelbagai. Format ini sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta akan menghadapi cabaran yang hampir sama.

1. Orienteeing Bermarkah (Score Orienteering)

Dalam Orienteering jenis ini, banyak titik kawalan yang disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu berghantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta bebas memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati, walaubagaimana pun masa dihadkan oleh penganjur dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi had masa yang ditetapkan akan dikenakan penalti dan bentuk penalti bergantung kepada penganjur.
Matlamat Orienteering Bermarkah adalah untuk mengumpul mata yang terbanyak dengan melawati seberapa banyak titik kawalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Format ini sesuai dijalankan untuk peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawati salah satu titik kawalan. Peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.

2. Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

Walaupun dikenali sebagai Orienteering Jalanraya tetapi aktiviti ini tidak dijalankan di jalanraya yang sibuk. Acara ini dijalankan di kawasan perumahan. Penanda kawalan tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatiti butiran atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan sebagainya.



3. Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

Orienteering ini dijalankan di kawasan berbukit-bukau di samping jarak yang agak jauh. Acara ini juga boleh dijalankan melebihi dari satu hari dan peserta dikehendaki membawa bersama-sama peralatan bermalam.
Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang tinggi memandangkan landasan yang mencabar serta memerlukan kemahiran navigasi dan daya keyakinan yang mantap.

4. Orienteering Malam (Night Orienteering)

Orienteering Malam dijalankan di kawasan yang terbuka seperti di taman-taman tasik dengan jarak yang agak pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.

5. Orientering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

Acara Orienteering Berganti-ganti ini dijalankan secara berpasukan 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam kumpulan akan menamatkan landasan sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta dalam pasukan akan melalui landasan yang berbeza.

6. Norweigian Event

Acara Norwegian adalah satu acara yang diguanakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang dalan kawasan yang kecil atau sempit. Peserta dibenarkan menyalin kedudukan titik permulaan dan titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan titik kawalan yang kedua pula dari satu peta yang disediakan. Proses ini akan berterusan sehingga peserta tiba di tiik penamat.


VARIASI ORIENTEERING

Sukan Oreinteering dilakukan secara berlari atau secara berjalan. Walau bagaimanapun, orienteering turut dilakukan di dalam beberapa variasi mengikut kesesuaian keadaan. Antara lain-lain cara orienteering dilakukan adalah seperti berikut :

Ski Orienteering
Mountain Bike Orienteering
Canoe Orienteering
Trail Orienteering.


KEBAIKAN ORIENTEERING

Sukan untuk semua.
Meningkatkan Kecergasan Fizikal
Memberi Cabaran dan Keseronokan.
Meningkatkan Kecergasan Mental dan Daya Tumpuan.
Membina Keyakinan Diri dan Sikap Positif.
Persekitaran Yang Sihat.
Meningkatkan Kemahiran Membaca Peta dan Kompas.
Memupuk Sifat Keberanian dan Ketenangan Di Dalam Keadaan Cemas.



KUMPULAN SASARAN
Orienteering adalah untuk semua yang muda atau yang tua boleh menyertainya secara berkeluarga atau hanya dengan berjalan sebagai satu bentuk riadah yang ringan, sehinggalah kepada mereka yang benar-benar cergas yang ingin meningkatkan kemahiran. Terpulang bagaimanakah caranya mengambil bahagian – menyeronokkan dan walau apa pun cabarannya ialah untuk menamatkan acara.


GELANGGANG ALAM SEMULAJADI
Biasanya orienteering dibuat di kawasan hutan yang membolehkan anda berlari dan bukannya hutan yang tebal lagi bersemak seperti latihan pandu arah. Di Malaysia, kawasan yang paling sesuai ialah ladang getah ataupun ladang kelapa sawit yang membolehkan anda berlari dengan baik serta memberi anda pelbagai pilihan laluan. Taman-taman rekreasi yang terbuka seperti taman tasik juga sesuai terutamanya bagi mereka yang baru untuk mencuba sukan orienteering.





BOLA SEPAK 2010

Perlawanan persahabatan pertama 2010

Alhamdulillah selesai sudah perlawanan persahabatan antara pemain bawah 18thn (gabungan pemain bwh 15tnh) 2010 SMK. Methodist dan bekas pemain bola sepak sekolah tahun 1990an dengan keputusan seri 1-1..




Diharapkan para pemain akan berlatih dengan lebih giat dan bersungguh-sungguh untuk perlawanan persahabatan yang akan datang. Semoga juara MSSD tahun ini menjadi milik kita dan lebih ramai pemain kita akan mendapat tempat dalam pasukan Daerah kuala Kangsar ke peringkat negeri yang juga akan dilangsungkan di tempat yang sama dengan tahun lepas, iaitu daerah Hulu Perak..


Terima kasih kepada semua pihaak yang menjayakan perlawanan ini terutamanya kepada en. Zamziba yang banyak membantu serta bekas pelajar MSS tahun 1990an..



BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)