Sunday, November 1, 2009

MALAYSIA-THAILAND EXPEDITION 2009

Sempadan (pasar Wang Kelian)

Bergambar beramai2 bersama gabenor Satun, Thailand



Persiapan awal dan memanaskan badan
(Pusat Ko-Kurikulum Perlis)
Makan tido free beb... tq, tq
Sempadan Malaysia-Thailand

Saturday, October 31, 2009

XPDC GUNUNG KORBU, PERAK

MAKLUMAT

Tarikh : 07 - 08 November 2009
Lokasi : Ulu Kenas, Perak
Tempat berkumpul : Stesyen Bas Kuala Kangsar
Berminat : Email abgtimun@yahoo.com

Aku cuma memanjang2kan berita, naik belum tahu. Dah 3 tahun pencen naik gunung ni tak tau ler larat ke tak nak panjat lagi..

"NAIK GUNUNG TURUN GUNUNG LU KIRA KAGAK CAPEK?"
(kata2 dipetik dari teman2 PALAWA UNPAD, BANDUNG)

Friday, October 30, 2009

TRAGEDI KUALA DIPANG









Tragedi Jambatan Runtuh Kuala Dipang (26 Oktober 2009)

Berita sedih buat semua jurulatih pendidikan luar, guru2, warga pendidik Malaysia khususnya negeri Perak. Berpuluh tahun mendidik dan berbakti kepada masyarakat, namun tragedi yang menimpa walaupun bukan salah kita tetapi semua jari tetap dituding kepada kita..

"anak mereka pandai, mereka kata 'tengoklah anak siapa, siapa yang
melahirkannya, tetapi bila anak mereka gagal mereka berkata tengoklah
guru mana lah yang tak pandai ajar anak aku"

Dalam perkhemahan pendidikan luar, termasuklah kem 1malaysia ini semua pihak yang terlibat dari kementerian, JPN, PPD, Pusat Kokurikulum, dan guru2 percayalah bahawa mereka telah buat yang terbaik untuk para pelajar, tetapi tragedi yang mendatang tidak dapat diramal. Ayuhlah semua warga pendidik teruskanlah usaha anda semoga suatu hari kelak ada anak didik kita dengan jujur dan ikhlas menyebut " terima kasih cikgu, tanpa dorongan cikgu mungkin saya tidak berjaya sperti sekarang".

Thursday, October 29, 2009

PERALATAN MUDIM (BERKHATAN)



Warisan Peninggalan Allahyarham Tuan Guru Haji Ismail Mat Piah
(Masih dalam simpanan hamba sebagai kenang-kenangan)

Kenangan besama Allahyarham Tuan Guru tak mungkin ku lupakan. Terasa baru sehari dua pemergiannya dijemput Ilahi. Namun kebaikan dan layanan mesra tuan Haji Ismail tetap dalam kenangan. Dulu semasa beliau masih hidup setiap hampir setiap hari bertemu dan berbual mencungkil pengalaman hidup. semoga roh beliau dicucuri rahmat.

AL-fATIHAH

KEM 1 MALAYSIA (LARUT MATANG SELAMA)






















25-29 OKTOBER 2009
memang nak jadi rezki aku ler, dapat kem LMS walaupun patutnya kena support pos Dipang. hari Ahad 25 Okt baru aku call pegawai meja Kem 1 Malaysia minta bertugas kat LMS, kalau tak.... demam juga la nk jawab bila bila jatuh jambatan. Kem LMS buat di PLKN. serba sikit kat sini aku tunjuk la ape yang ada kat dalam tu, macam mana la budak2 PLKN ni leh tahan duduk 3 bulan dalam 2, aku dok 5 hari pun tak tentu arah dah. aku tunjuk skit2 je, banyak2 tak boleh. nak tau korang masuk ler sendiri

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)