Thursday, December 17, 2009

AKU, CUTI DAN JALAN2

Cuti2 malaysia hujung tahun ni dapata la jalan sikit2.. nak jalan2 sangat pun musim berkhatan, ada kerja yang perlu dibereskan. pe pun, syukur kerana masih dapat peluang makan angin sikit2. Alhamdulillah..

1. Rumah P Ramlee
Sempat la singgah kat rumah P Ramlee ni waktu pergi ke Rope Walk, Pulau Pinang



2. Rope Walk
Terletak bersebelahan Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.. Kalau korang berhajat dengan barang2 antik, di sini lah tempatnya..


3. Gurney (Padang Kota Baru), Pulau Pinang.
Sedap leh lepak2 kat sini. Teringat zaman muda2 dulu lepak kat Stulang Laut, JB..
4. Pasar Kepayang, kuala Terengganu
Dapat juga aku beli buah tangan kat sini walaupun turun Terengganu kali ni atas urusan kecemasan bantu kawan. Per pun lepas juga la ketagihan pada nasi dagang ikan tonggkol dan dapat merasa bawa kereta Lancer GT.. Perrghhh

5. Kek Hari jadi aku...
Bini aku sayang kat aku, di beli kek hari jadi.. Korang ada ke? huhuuu, gurau jek jangan marah
6. Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim)
Korang kalau datang Taiping jangan lupa singgah muzium ni, macam2 ada. lepas melawat muzium dapat hadiah mee udang (bayar sendiri)


7. Kuala Kurau, Perak
Datang sini boleh memancing, makan ikan fresh dan yang paling istimewa kari ikan sembilang... berasap bang....
NEXT : 22-25 DISEMBER (BUKITTINGGI, SUMATERA BARAT)

Wednesday, December 9, 2009

AKU, CUTI DAN BERKHATAN

Tradisi berkhatan secara tradisional telah lama dilupakan. Namun masih ada segelintir masyarakat Melayu yang tetap bertahan dengan cara tradisional (cara orang2 tua dahulu kala). Bila ditanya pada mereka kenapa masih memilih cara lama ini, terlalu banyak jawapannya. Terdapat berbagai latar belakang pendidikan dan sosio ekonomi masyarakat yang masih 'berbangga' dengan tradisi berkhatan tradisional ini. yang pernah aku jumpa sendiri antaranya petani, orang2 tua kampung, doktor, kakitangan kerajaan, ahli dewan undangan negeri dan banyak lagi. Antara alasan mereka menyerahkan 'anak' mereka pada Tok Mudim kampung ialah:

1. "cucuk ubat kebas kat tempat paling sensitif, takut tak sempat tua dah lemah"
2. "pak cik dah lebih 60 tahun umur, benda tu dok elok lagi... Tok Mudim sepuh la kot"
3. "Tang kita nak power, pasai pa anak kita nak kena cucuk bagi lemah pulak"
4. " anak ooi, Pak Teh mengubat orang jantan lemah ni, rata2 depa yang tak pakai tok mudim la"
5. "saya belajar tinggi, tapi bab khatan tobat saya tak mau bagi anak saya kena cucuk tang tu"
6. "buat apa lawa2 berjahit kalau esok2 tak sempat 40 tahun umur dah 'tak larat'... sian bini"
7. "Buat kat 'depa' memang budak tak sakit, depa cucuk tapi kita juga menyesal kemudian hari buat pilihan tak tepat untuk anak kita. kesian kat menantu"

Ini antara kata2 masyarakat yang aku jumpa, yang korang jumpa aku tak tahu la pulak.. Tapi apa pun ceritanya, baik secara tradisional atau moden tetap ada pro dan kontranya. terpulang kepada cara pemikiran, pendedahan dan keinginan seseorang itu sendiri.. anda bagaimana? huhuuu

Di bawah ini ada aku masukkan beberapa gambar sessi berkhatan cara Tok Mudim kampung yang aku sempat tengok sendiri.. Banyak faedahnya rapat dengan tok mudim ni, heheee

1.
Pembukaan 2009 (Kampung Sg. Buluh, Mahang, Kedah)

2. Taman Juta, Kamunting, Taiping

Dah habis sakit, dapat ler seronok la pula

3.
Pancutan Bomba (Rasau, Slim River)



4.
Masjid Trolak Selatan

Ini antara beberapa gambar yang sempat saya ambil. Alhamdulillah, lebih 10 tempat yang kami dapat buat cara tradisional tahun ini melibatkan lebih 100 orang kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun.. Semoga Allah memanjangkan lagi ilmu Berkhatan cara tradisional ini kepada generasi demi generasi akan datang. Sekurang-kurangnya sempat untuk anak aku nanti2 pun seribu syukur dah....



MAJLIS PERKAHWINAN

Salam buat semua sahabat handai dan rakan taulan(beserta keluarga) yang mengenali diri ini, jemput datang ke Majlis Perkahwinan anak saudara aku pada 2 Januari 2010 bertempat di No.17, Solok Raia 5, Taman Seri Raia 31300 Kg. Kepayang, Ipoh Perak....



Tauke Majlis Kahwin (kakak dan abang ipar aku)

Tuan majlis (Pengantin, Nurul Amalina)




Tuesday, December 8, 2009

AKU, CUTI, DAN MAKAN.....

Hampir sebulan cuti sekolah berlalu, baru 4 tempat makan 'terbest' yang dapat aku pergi.. Kempunan gak turun Penang baru2 ni tak sempat jamah makanan 'terfavoirite' aku iaitu Nasi Kandar Beratur (bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling), Laksa Janggus (Pulau Betong, Balik Pulau), dan Nasi Goreng Ayam 'Jawa Stail' kat area USM. Tapi apa pun aku tetap bersyukur berkesempatan menjamah beberapa jenis makanan yang teristimewa dalam jenisnya...

1. Nasi Ampera Lamunan Ombak (Padang)
Mantap beb masakan diorang, terasa rempah ratus dan lemaknya..



2. Sate Kajang Haji Samuri
dah tertera li loh mahfuh bahawa pada tanggal 21 dis 2009 jam 8pm rezkiku di restoran sate haji samuri, di belanja pila tu. Alhamdulillah. Moga2 dimurahkan rezki dan dipanjangkan umur Bro Mat ni..



Terima kasih Bro Mat (Ulu Langat) yang sudi menjemput saudaramu dari Sungkai lagi, bawa melawat saudara2 yang lain dan langsung belanja sate.. moga Allah murahkan rezkimu, Amin..

3. Pisang Panggang Lenyek

Pisang panggang ni dah jadi kewajipan aku dan kengkawan bila berkunjung ke Ranah Minang ni. Pisang ini dipanggang, lenyek, sapu coklat, butter n makan...



4. Nasi Lemak Pokok Asam, Jln Tupai, Taiping

Kedai ni bukanya pagi je, kalau korang nak merasa kenalah datang sebelum kul 11am. Kalau musim cuti korang isilah perut dulu kat rumah sebelum datang, sebabnya nak beratur dan tunggu turn lambat la dek ramainya orang. nk dapat meja pun kena tunggu lama.



5. Nasi Padang (Restoran Nasi Padang Simpang tiga)
Terletak di Greentown Nova, Ipoh. Walaupun tak lama lagi aku akan terbang ke negeri asal nasi padang ini di Padang, Sumatera Barat, tapi ketagih punya pasal, makan dulu ler yang dok depan mata..


sedap wooo makan nasi beras Solok, daging dendeng sama ayam bumbu.. peeerghhh

6. Kuetiaw Doli...

Terletak di Jalan Tupai, Taiping.. Memang dah jadi rutin aku makan kat sini sebulan dua tiga kali, huhuuu


Ini kuetiaw kedua terbaik dalam dunia yang pernah aku jumpa, yang pertama 'kuetiaw lambat' kat Kangar, Perlis.. Sok2 leh pergi kot jumpa sahabat kat sana...


7. Mee Banjir Udang Mak Teh
Terletak di Matang, Taiping ( jalan nak ke Port Weld)




Ni ler mee udangnyer.. menurut sahabat aku mat Suzaini "Abis mie dulu, udang belambak lagi".. mee udang kat sini ada 2 kategori iaitu udang laut (RM10 & RM12) manakala udang kolam (RM6 & RM8)... Aku dah makan tadi, korang tak nak ker......


8. Gulai/ kari Ikan Sembilang
Banyak restoran yang jual gulai sembilang ni, tapi yang 'terspesial' hanya satu iaitu di Kuala Kurau, Perak. Terletak bersebelahan dengan Persatuan Nelayan..


Sedap beb, makan ikan sembilang fresh dengan gulai berasap.. perghhh

9. Pulut Nyior/ Kelapa
Sedap gak dapat lepak2 kat pasar Kepayang, Terengganu.. Pulut ni dikepal dan dimakan bersama dengan isi kelapa. sempoi beb.. Kalau korang ada rezki ke Perlis pulak, jangan lupa makan Pulut Ayam Panggang (Padang besar) dan Pulut Mempelam Harum Manis.. paling special stakat ni yang aku makan Pulut mempelam harum manis laaaa.. kalau korang pun special baru leh dapat laa, huhuuuu


10. Nasi Dagang (Pasar Kepayang, Terengganu)
Mantap beb leh makan nasi Dagang ikan tongkol ni, 3 bungkus pun tak cukup. tapi skarang leh makan setakat sebungkus jek, perut dah semakin mengecil.. heheee



11. Kepala Keropok (Kilang Keropok sungai Derhaka, Kuala Terengganu)
Seumur hidup aku, entah berapa ribu kali dah aku makan keropok keping ni, tp ni lah first time aku dapat peluang dapat tahu n makan kepala keropok.. sedap bahhh


12. Masakan mak cikgu Anuar (tech Media)

Adus adik kakak, sedap ya aampun.. Patut la dia 'sihat' ja, rupa2nya sedap mak dia masak taraf2 restoran 6 bintang.. mak aku masak sedap gak, tapi sejak mak dah tak ada ni, tangki kat perut aku ni semakin mengecut.. nasib la zam oooiii..

13. Bika Nyior/ Kelapa

Bika ni anuar beli dari mak Long yang jual kuih, keropok kat kg. sg. derhaka, Kuala Terengganu.. bukan main special benda ni rupanya.. Perut aku dah sarat pun aku leh balun lagi..

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)