Saturday, October 31, 2009

XPDC GUNUNG KORBU, PERAK

MAKLUMAT

Tarikh : 07 - 08 November 2009
Lokasi : Ulu Kenas, Perak
Tempat berkumpul : Stesyen Bas Kuala Kangsar
Berminat : Email abgtimun@yahoo.com

Aku cuma memanjang2kan berita, naik belum tahu. Dah 3 tahun pencen naik gunung ni tak tau ler larat ke tak nak panjat lagi..

"NAIK GUNUNG TURUN GUNUNG LU KIRA KAGAK CAPEK?"
(kata2 dipetik dari teman2 PALAWA UNPAD, BANDUNG)

Friday, October 30, 2009

TRAGEDI KUALA DIPANG









Tragedi Jambatan Runtuh Kuala Dipang (26 Oktober 2009)

Berita sedih buat semua jurulatih pendidikan luar, guru2, warga pendidik Malaysia khususnya negeri Perak. Berpuluh tahun mendidik dan berbakti kepada masyarakat, namun tragedi yang menimpa walaupun bukan salah kita tetapi semua jari tetap dituding kepada kita..

"anak mereka pandai, mereka kata 'tengoklah anak siapa, siapa yang
melahirkannya, tetapi bila anak mereka gagal mereka berkata tengoklah
guru mana lah yang tak pandai ajar anak aku"

Dalam perkhemahan pendidikan luar, termasuklah kem 1malaysia ini semua pihak yang terlibat dari kementerian, JPN, PPD, Pusat Kokurikulum, dan guru2 percayalah bahawa mereka telah buat yang terbaik untuk para pelajar, tetapi tragedi yang mendatang tidak dapat diramal. Ayuhlah semua warga pendidik teruskanlah usaha anda semoga suatu hari kelak ada anak didik kita dengan jujur dan ikhlas menyebut " terima kasih cikgu, tanpa dorongan cikgu mungkin saya tidak berjaya sperti sekarang".

Thursday, October 29, 2009

PERALATAN MUDIM (BERKHATAN)



Warisan Peninggalan Allahyarham Tuan Guru Haji Ismail Mat Piah
(Masih dalam simpanan hamba sebagai kenang-kenangan)

Kenangan besama Allahyarham Tuan Guru tak mungkin ku lupakan. Terasa baru sehari dua pemergiannya dijemput Ilahi. Namun kebaikan dan layanan mesra tuan Haji Ismail tetap dalam kenangan. Dulu semasa beliau masih hidup setiap hampir setiap hari bertemu dan berbual mencungkil pengalaman hidup. semoga roh beliau dicucuri rahmat.

AL-fATIHAH

KEM 1 MALAYSIA (LARUT MATANG SELAMA)






















25-29 OKTOBER 2009
memang nak jadi rezki aku ler, dapat kem LMS walaupun patutnya kena support pos Dipang. hari Ahad 25 Okt baru aku call pegawai meja Kem 1 Malaysia minta bertugas kat LMS, kalau tak.... demam juga la nk jawab bila bila jatuh jambatan. Kem LMS buat di PLKN. serba sikit kat sini aku tunjuk la ape yang ada kat dalam tu, macam mana la budak2 PLKN ni leh tahan duduk 3 bulan dalam 2, aku dok 5 hari pun tak tentu arah dah. aku tunjuk skit2 je, banyak2 tak boleh. nak tau korang masuk ler sendiri

Sunday, October 25, 2009

Ulang Tahun ke-80 Tahun MSS







Hari ahad pun datang skolah beb... Walaupun baru balik dari kem Hulu perak, dok kat hutan nun sminggu, sambung tugas kat skolah pulak tp berbaloi-baloi dengan hasil kerjasama staff smk.methodist nie. Berkat kerjasama dan tolak ansur sesama rakan2 dan kreativiti pentadbiran, beratus ribu juga RM yang berjaya di kutip dari Methodist Old boys nie.. Kaya2 diorang nie, tak heran la hulur cek RM5k macam hulur RM1 beli kacang putih tepi jalan.. bila la aku nak kaya cam diorang, kut2 leh tolong orang lain lak..

TQ Boss (mr Lee Hah) coz bg aku kuar untuk kem daerah larut pulak.. Sori kengkawan yang kena relief, lama dah beb aku x kuar mgajar budak2 PMR... Heheee jgn mare nnt cpt tue..

Saturday, October 24, 2009

SOALAN SEJARAH AKHIR TAHUN

TINGKATAN 1 : CIKGU ZULKIFLI

TINGKATAN 2 : CIKGU SUNTHAR

TINGKATAN 4 : CIKGU NURUL AIN..

Sebarang urusan tip soalan boleh berhubung terus dengan guru2 berkenaan..

Busuknye Getah...





"Busuknye getah".. ayat yang tak mungkin aku ucap sampai mati insyaAllah. Allah dah tentukan rezki arwah bapa dan ibu aku dengan menoreh. 13 orang anak termasuk aku disekolahkan dan dibesarkan dengan duit getah. Bagi aku pokok getah adalah sebahagian nostalgia yang abadi. Aku bangga menjadi anak penoreh dan bangga ibu bapa aku besarkan dengan duil halal walaupun dari hasil 'getah busuk'...

Kem 1 malaysia




seminggu juga aku mengadap program ni untuk daerah Hulu Perak. Penat pun ada tetapi tetap seronok dapat kumpul2 dengan kawan2 jurulatih lama dan baru. dapat tukar2 cerita dan pengalaman. Pada aku kem ini dapat mengembalikan nostalgia aku sebagai anak kampung. dapat main game zaman aku kecil2 dulu.. best juga dpt berendam lama kat sungai..

Friday, October 16, 2009

Hari Menang

Masa dan saat adalah hitungan manusia, mengapa kita mesti terikat dengannya? Perang tidak ada waktu. Benar, malaikat turun naik mengikut waktunya, tapi tuhan mencipta apa sahaja dengan sekali kun sahaja. Tidak ada saat, tidak ada waktu, tidak ada kiraan atau hitungan. Dalam pertempuran tiada masa untuk menghitung. Turun pada hari itu umpama benih dalam benih.. Hari apa itu? Hari yang tidak ada tapi wujud, umpama wujud nama tanpa benda. Contohnya, manakah tanda hari ini ialah hari khamis? Tidak ada bukan? Mengapa nama timbul? Begitu juga dengan hari itu, ia tidak ada nama apalagi waktu, ia tidak tertakluk kepada apa jua...

PERGINYA SEORANG KEKASIH


14.11.19 - 17.01.2009...

Perginya seorang kekasih hati pengarang jantungku menemui Allah maha pencipta. Pergi ke suatu tempat yang ananda akan turuti kelak.. Sabarlah ibuku, anakanda bakal menemani ibu di sana juga.. cuma tanggalnya belum ku tahu..

Al-fatihah

aku dalam aku


بسم الله الرحمن الرحيم
Tatkala berdiri, ambil menang, menang
adalah hak kita. Yakinlah......
Turunlah dengan hari menang...
Apakah hari itu? Hari yang tidak ada nama, hari yang tidak masuk hitung, tidak ada waktu baginya, ia adalah bapa segala hari.
Dipetik dari:
Ali Jusoh (2004), Bumi Harapan (Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd), Kuala Lumpur


BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)