Tragedi Jambatan Runtuh Kuala Dipang (26 Oktober 2009)
Berita sedih buat semua jurulatih pendidikan luar, guru2, warga pendidik Malaysia khususnya negeri Perak. Berpuluh tahun mendidik dan berbakti kepada masyarakat, namun tragedi yang menimpa walaupun bukan salah kita tetapi semua jari tetap dituding kepada kita..
"anak mereka pandai, mereka kata 'tengoklah anak siapa, siapa yang
melahirkannya, tetapi bila anak mereka gagal mereka berkata tengoklah
guru mana lah yang tak pandai ajar anak aku"
Dalam perkhemahan pendidikan luar, termasuklah kem 1malaysia ini semua pihak yang terlibat dari kementerian, JPN, PPD, Pusat Kokurikulum, dan guru2 percayalah bahawa mereka telah buat yang terbaik untuk para pelajar, tetapi tragedi yang mendatang tidak dapat diramal. Ayuhlah semua warga pendidik teruskanlah usaha anda semoga suatu hari kelak ada anak didik kita dengan jujur dan ikhlas menyebut " terima kasih cikgu, tanpa dorongan cikgu mungkin saya tidak berjaya sperti sekarang".
No comments:
Post a Comment