Saturday, November 17, 2012

PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN ZAKAT

SEKUMPULAN GURU YANG PRIHATAN TELAH MENHULURKAN BANTUAN DAN ZAKAT UNTUK DIAGIHKAN KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI ULU YOUM, SUNGAI SIPUT. TERIMA KASIH DAUN KELADI DIUCAPKAN KEPADA GURU-GURU SMK.METHODIST, SG. SIPUT (U) YANG TELAH MENYUMBANG...

TARIKH : 10 NOVEMBER 2012
PROGRAM AKAN DATANG : BULAN MAC 2013


KAMPUNG SANTEH

 
 KAMPUNG JEI



KAMPUNG ULU YOUM



Wednesday, August 29, 2012

SELAMAT MENTAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55


ERTI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. 

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI. SEMOGA SYAWAL KALI INI BAKAL LEBIH MENGERATKAN SILATURRAHIM KITA SEMUA..


Friday, August 10, 2012

FADHILAT BISMILLAH ENAM


Bismillah Enam





Bismillah Enam

  • Makbul segala hajat dan cita-cita.

  • Luas rezkinya.

  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.

  • Menang dalam peperangan.

  • Penerang hati.

  • Diajuhkan dari segala penyakit.

  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.

  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.

  • Aman daripada binatang2 buas.

  • Air laut menjadi tawar.

  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.

  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

  • Terselamat dari karam dilaut.

  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.

  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.

  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.

  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.



LAWAK SANTAI


JAM TANGAN

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan
menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua
yang duduk disebelahya.

Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang
tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada
sesiapapun kan?
Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar
dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.

Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia
mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa
sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa
pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap,
tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal
ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."
Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.
Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih
mesra?"
Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis
dan isetri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun
sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya
lagi.
"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia
mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya.
Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.
 
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.
Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan
saya yang pertama? 

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?,
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR


SAYANGI ANAK ANDA




Saturday, July 7, 2012

KEM PENDIDIKAN LUAR
SMK. TIWA & SK. SAYONG







PESERTA :

SMK. TIWA, BATU GAJAH 
SK. SAYONG,KUALA KANGSAR 

JUMLAH PESERTA : 112 ORANG 

AKTIVITI: 

BERAKIT DI SUNGAI PERAK 
IKHTIAR HIDUP 
ORIENTEERING 
KOPERATIF GAMES 
SOLAT JEMAAH DAN TAZKIRAH 
FLYING FOX


Saturday, June 23, 2012

KEM PENDIDIKAN LUAR SMK. JELAI, BATU KURAU



PESERTA:

PELAJAR                 : 63 ORANG
GURU PENGIRING :13 ORANG
JURULATIH             :12 ORANG

AKTIVITI:

* BERAKIT
* KOPERATIF GAMES
* IKHTIAR HIDUP


Monday, April 16, 2012

XPDC KAYUHAN LEGAP - KUALA MU 2012
















Tahniah buat semua peserta xpdc dan support team. Diharapkan setiap xpdc atau program selepas ini kita isi dengan gabungan unsur fizikal dan kerohanian. Segala kebaikan kita jadikan panduan untuk meneruskan hidup manakala kekurangan insyaAllah kita jadikan pembakar semangat untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang. Untuk para penderma diucapkan terima kasih. Kepada yang belum berkesempatan insyaAllah di lain hari dan masa kita usahkan lagi.



Terima kasih dan tahniah buat semua ...








Tuesday, April 3, 2012

XPDC KAYUHAN OFFROAD LEGAP - KUALA MU



* Penyertaan telah ditutup secara rasmi hari ini 3 April 2012. Sebarang pertukaran saiz baju juga tidak akan dilayan. Kerjasama semua rakan didahului dengan jutaan terima kasih.

SENARAI PESERTA XPDC: SIZE BAJU

1. AKMAL NIZAM BIN SALLEH L
2. MOHD MADZLI MUSTAFA M
3. SUHAIMI BIN JAAFAR XL
4. EDDY L
5. ELIAS SUZAIMI M
6. USTAZ NAZIM XL
7. AHMAD TARMIZI BIN ROSLAN XL
8. MUSTAFA KAMAL XXL
9. FAUZI CHE LI XXL
10.BERHANUDIN SHAMSUDIN L
11.AYIN L
12.ASWAD L
13.FAIZAL XXL
14.SALIM BIN SAIDIN XXL
15.MOHD SYAHIR L
16.MOHD SYAHID L
17.SAYUTI XXL
18.MEGAT M
19.MEGAT 2 L
20.HUSSIN XL
21.MOHD SHAHRUL L
22.ZULKIFLI OMAR L
23.MEOR ROSLAN XXL
24.NORHARMILA M
25.ERNY SUHANA M
26.ROSLI XL
27.MOHD IZWAN XXL
28.SYAM KING XXL
29.HAM L

** TEMPAT BEKUMPUL :

1. DARI ARAH UTARA : BERKUMPUL DI DATARAN PUTERA KUALA KANGSAR JAM
3.15PM
2. DARI ARAH SELATAN : BERKUMPUL DI HADAPAN HOSPITAL DAERAH SUNGAI SIPUT
(U) JAM 3.30PM

** PERGERAKAN :

(13 APRIL 2012)

0330PM BERGERAK KE SK. LASAH

0415PM WARMING UP N STREACHING
0445PM MULA KAYUHAN KE LEGAP
0700PM DIJANGKA TIBA DI LEGAP PENGURUSAN DIRI DAN SOLAT

0915PM O GROUP (TAKLIMAT RINGKAS)
0930PM AKTIVITI BEBAS
PENGINAPAN YANG DISEDIAKAN

LELAKI : SURAU
PEREMPUAN : RUMAH MAK WA


(14 APRIL 2012)

0700AM BERKUMPUL/ WARMING UP DAN STREACHING

0730AM MULA KAYUHAN KE KUALA MU
0930MM DIJANGKA TIBA DI KUALA MU
REHAT/ MAKAN

1030AM BERGERAK PULANG KE LEGAP
1230PM DIJANGKA TIBA DI LEGAP
REHAT/ URUS DIRI
MAKAN KENDURI DI RUMAH PAK BUSU

0230PM BERGERAK PULANG KE SK.LASAH
0430PM DIJANGKA TIBA DI SK. LASAH REHAT/PENGURUSAN DIRI

0500PM SAYONARA



*** SEGALA PERUBAHAN JADUAL ADALAH TERTAKLUK ATAS BUDI BICARA
PENGANJUR.

XPDC KAYUHAN OFFROAD LEGAP

XPDC LASAH - POS LEGAP - LASAH (64 KM)



Penyertaan : 6 orang JU PKN Perak.
Masa : 6 jam pergi balik
Misi : Survey trek offroad ke Pos Legap dan Kuala Mu
Survey Penginapan Sepanjang laluan
Survey bekalan makanan sepanjang laluan


Cadangan : Kayuhan 2 hari 1 Malam (Kg. Baung - Legap - Kuala Mu
Jarak satu arah sekitar 50KM
Budget RM50 beserta t-shirt dan makanan.
Tarikh : 13 -14 APRIL 2012

*** Kepada dermawan yang mahu membuat sumbangan dalam bentuk makanan dan pakaian dialu-alukan.
*** SEWANG original disediakan pada malam 13 dan 14 Feb.

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)