Friday, January 22, 2010

KERJA KURSUS SEJARAH PMR

Panduan Melaksanakan Kerja Kursus

Arahan Kepada Calon: 1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah. 2. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia. 3. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen 4. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah. 5. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu. 6. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3. 7. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. 8. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan. 9. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. 10. Hasil kerja kursus hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan. 11. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. 12. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.

ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

E 1.0 Mengumpul fakta sejarah
1.1 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih.

E 2.0 Merekod fakta sejarah
2.1 Mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah mengikut format yang ditetapkan.

E 3.0 Penerapan unsur patriotisme
3.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia
3.2 Bersemangat setia negara
3.3 Bersemangat kekitaan
3.4 Berdisiplin
3.5 Berusaha dan produktif

Format / Jadual Pelaksanaan

Elemen 1 - (Mac-April) – pengumpulan fakta

Elemen 2 - (April-Mei) - pembinaan folio Pemantauan LPM – E1 dan E2 (April) kali pertama

Elemen 3 - (Mei-Jun) - menulis esei Pemantauan LPM – E3 (Mei@Jun) kali kedua Penggredan (Jun)

Penghargaan (contoh)

Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini dengan sempurna dan lancar.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu En. Murad b. Ali dan Pn. Rahimah bt. Selamat yang banyak memberi dorongan dan bantuan daripada segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada En. Muhammad Faizal Bin Abdul Aziz , iaitu guru mata pelajaran Sejarah SMK Gerik yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kerja kursus ini.Ucapan terima kasih juga dikhususkan kepada para rakan iaitu Nur 'Ain Sofiyya dan Aisyah yang turut membantu berkongsi bahan internet dan meminjamkan buku ilmuan serta majalah kepada saya.Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai. Kpd 3 pihak – ibubapa, guru, rakan

Objektif kajian

Objektif kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul. Objektif seterusnya adalah dapat mengetahui secara mendalam tentang bangunan bersejarah dari segi latar belakang, tujuan pembinaan, bahan-bahan yang digunakan serta cara pembinaan bangunan tersebut dibina.Objektif selanjutnya adalah untuk menanam semangat patriotik bagi menghargai warisan tradisi budaya bangsa yang masih terpelihara. · Menghuraikan 3 Objektif

Kaedah kajian

Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara laman web yang saya layari termasuklah http:/www.malaysiana.pnm.my. Maklumat tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan.Saya juga membuat penyelidikan di Perpustakaan Tun Razak, Ipoh. Saya merujuk beberapa sumber seperti buku berjudul “ Bangunan-bangunan bersejarah di Negeri Perak” dan majalah “Warisan”. Maklumat yang berkaitan difotostat dan disalin dalam buku catatan.Selain dari itu saya telah melawat bangunan tersebut untuk lebih mengenali dan melihat dengan mata sendiri keunikkan bahan binaan yang digunakan serta dapat mengaitkan pengaruh penjajah masa itu di negara kita.Menghuraikan 3 kaedah.

HASIL KAJIAN

1. Nama bangunan; Nama lain sekiranya ada 2. Latar belakang; - Asal-usul - Pengasas (sekiranya ada) - tarikh pembinaan - lokasi - kos pembinaan - tujuan pembinaan - perasmian 3. Keistimewaan bangunan - reka bentuk pelan - bahan binaan - pengubahsuaian - hiasan dalaman - kegunaan dahulu dan sekarang - cara pembinaan

Rumusan (contoh)

Kajian sejarah ini didapati dapat membantu saya sebagai pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang bangunan bersejarah dalam negara kita.Maklumat yang berjaya dikumpul telah memberi pendedahan betapa kita perlu menghargai bangunan bersejarah di negera kita.Melalui kajian sejarah ini, kita dapat mengujudkan perpaduan kaum dan dapat mempupuk keharmonian di kalangan rakyat. Keadaan ini akan menjamin keamanan negara dan kita perlulah bersyukur dengan keharmonian yang dinikmati.Nilai murni seperti sabar dan bekerjasama ketika menyiapkan kerja kursus merupakan pendedahan yang berguna kepada saya untuk masa depan.Melalui kajian ini, semangat patriotik berjaya ditanam. Kewujudan bangunan bersejarah perlulah dipertahankan kerana ia membantu membentuk jati diri sebagai warganegara Malaysia. · 3 unsur patriotisme berkaitan tajuk/ iktibar

Elemen 3 – Tugasan 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Susunan Kerja Kursus

Kulit buku spt yg dibekalkan oleh LPM (format)

1. Elemen 1: Bahan-bahan drp org sumber, jurnal, buku, internet, dsbnya (fotostat)

2. Elemen 2 (a) Tajuk. (b) Senarai kandungan. (c) Penghargaan. (d) Objektif Kajian. (e) Kaedah kajian. (f ) Laporan Kajian. (g) Rumusan. (h) Lampiran. (i) Rujukan

3. Elemen 3a. Esei – 150 patah perkataan

No comments:

Post a Comment

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)