Alhamdulillah ku panjatkan syukur kepadaMu Allah kerana memberkati an merahmati perjalanan majlis perkahwinan anak saudaraku yang kedua. Tahniah juga buat kakak dan abang ipar yang selamat menerima menantu pertama. Terima kasih tak terhingga kepada saudara mara jauh dan dekat, rakan taulan, dan jiran tetangga yang sudi hadir dan turut menjayakan majlis ini. Kehadiran saudara mara tua dan muda amat bermakna buat bermakna kepada majlis ini. semoga dengan pertemuan yang diberkati ini dapat lah kiranya merapatkan lagi silaturrahim antara kita yang memang amat rapat semenjak datuk nenek kita lagi.
tidak banyak rasanya majlis kenduri dewasa ini yang masih dapat mengumpulkan sanak saudara dan jiran tetangga berkampung 2,3 hari sebelum dan 2,3 hari selepas majlis. Namun atas didikan ibu bapa, dan datuk nenek kita selama ini, adat dan tradisi ini tetap berjalan sama seperti dulu2 khasnya buat keluarga besar haji Salleh dan Hajah Mek ini...
Dipanjatkan doa kepadaMu ya Allah, dapatlah kiranya agar pertemuan ini dirahmati dan diperpnjangkan lagi dengan pertemuan2 yang seterusnya.. Amin Ya Rabbal Alamin..
No comments:
Post a Comment