Monday, March 15, 2010

KERJA KURSUS SEJARAH PMR (2010)

Tahun ini calon2 PMR di minta menyediakan kerja kursus bertajuk PERAYAAN DI MALAYSIA.. diharapkan serba sedikit info di bawah ini dapat membantu.

Perayaan di Malaysia:
  1. VAISAKHI
  2. KRISMAS
  3. DEEPAVALI
  4. CHAP GOH MEI
  5. HARI RAYA AIDILFITRI
  6. HARI RAYA AIDILADHA
  7. PERAYAAN HANTU LAPAR
  8. PERAYAAN KAUL MELANAU
  9. MAAL HIJRAH
  10. PERAYAAN DEWA MONYET
  11. TAHUN BARU CINA
  12. PERAYAAN BOT NAGA
  13. HARI GAWAI DAYAK
  14. PESTA KAAMATAN
  15. PESTA KUIH BULAN DAN TANGLUNG
  16. PONGAL
  17. REGATTA LEPA SEMPORNA


Vaisakhi


Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah diasaskan oleh Guru Amar Das pada 1567. Ia adalah hari istimewa di mana semua penganut Sikh berkumpul untuk mendapat restu Guru-Guru mereka.Pada 1699, Guru Gobind Singh mengumpul ribuan penganut Sikh di Anandpur Sahib dan mengasaskan undang-undang Khalsa. Beliau mengorbankan lima orang pemuda yang berani dalam upacara ini.

Hari Vaisakhi yang disambut pada 13 April setiap tahun ini dianggap hari lahir bagi undang –undang Khalsa masyarakat Sikh.Pada hari ini, Masyarakat Sikh melawat Gudwara ( kuil ) dan mengadakan perarakan yang meriah diadakan. Ramai juga yang memilih untuk menjadi sami dan mengamalkan ajaran Khalsa pada hari ini. Bendera suci ‘Nishan Sahib’ di Gudwara juga diganti dengan yang baru pada hari Vaisakhi.



Krismas ( Hari Natal)

Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun pertama masehi, di Baitullaham. Ia adalah masa bagi keluarga dan rakan taulan berkumpul, memupuk cinta dan kasih sayang antara penganut Kristian.

Walaupun kemeriahan Krismas di negara kita agak kurang tanpa salji dan suhu sejuk, tetapi ia tetap dirayakan dengan meriah setiap tahun. Tambahan pula, Krismas adalah perayaan global dan sekular berbanding makna keaagamaan. Satu imej penting dalam perayaan Krismas ialah Santa Claus, orang tua gemuk berbaju merah dan berambut putih, yang datang dari kutub utara untuk memberi hadiah. Khabarnya Santa Claus berasal dari watak St. Nicholas, yang gemar memberi makan kepada kanak-kanak di masa Krismas.

Di Malaysia, masyarakat Kristian yang membentuk 7 peratus populasi mengamalkan ‘advent’ iaitu selang masa empat minggu sebelum Krismas diisi dengan bacaan doa, membaca Bible, dan berpuasa. Perkataan advent itu bermaksud ‘datang’ yang membawa maksud kelahiran dan kematian Jesus Christ.Di Gereja Katolik, terdapat upacara membakar lima batang lilin, yang mewakili lima minggu sebelum Krismas. Setiap lilin berwarna berlainan, dan membawa maksud-maksud tertentu. Lilin pertama bernama lilin ‘Hope’, kedua ‘Peace’, ketiga ‘Joy’ dan keempat ‘Love’.

Apabila Krismas semakin hampir, rumah- rumah dihias indah indah,pokok Krismas didirikan, kad ucapan diedar, dan lagu-lagu perayaan dimainkan berulang kali. Terdapat juga hadiah yang diletak dibawah pokok Krismas.

Adalah menjadi kebiasaan jika kita melihat kumpulan koir menyanyi di gereja-gereja malah ada juga yang berpakaian Santa dan melawat kejiranan, rumah anak yatim, orang tua dan hospital bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik.


Malam Krismas ialah malam yang ditunggu-tunggu, sanak saudara akan berkumpul, masa untuk doa dan kesyukuran telah sampai. Biasanya ‘Nativity play’ atau pertandingan ratu cantik perayaan akan juga diadakan.

Di malam Krismas juga akan terdapat kumpulan ‘carol’ yang menyayi lagu-lagu keagamaan dan semangat dari pintu ke pintu. Apabila tiba tengah malam keluarga akan makan ‘supper’ sebagai upacara menghormati Jesus Christ.Dimasa ini jugalah mereka bertukar hadiah dan membuka hadiah masing-masing.

Pagi Krismas, penganut Kristian akan bersembahyang di gereja, sebelum pulang ke rumah dan menunggu kedatangan tetamu.Dalam konsep rumah terbuka sekarang, perayaan menjadi semakin meriah dengan kedatangan kaum lain. Antara juadah yang biasa dihidangkan ialah kekacang, buah buahan, pai, dan ayam belanda bakar,termasuk juga rendang dan kari.Walaupun Krismas adalah sambutan sehari sahaja, tetapi semangat dan kemeriahannya berlangsung hingga ke tahun baru.



Deepavali

Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu ‘vilakku’ dipasang. Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden.Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini.Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk menyambutnya.

Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat penghargaan.

Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis, pudding, dan murukku.



Chap Goh Mei

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".


Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh hingga ke maghrib.Selain dari larangan terhadap makan dan minum, umat Islam juga dilarang memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, dan melakukan hubungan seks di waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk tidak berpuasa. Ramadhan juga adalah bulan dimana umat Islam menyucikan diri dengan menambah amal ibadah, seperti solat terawih di malam hari, berzikir, dan berzakat. Berpuasa juga bermaksud menahan diri dari melakukan perbuatan mungkar seperti menipu, mengata orang lain, berbohong dan perbuatan dosa lain.

Ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil.Terdapat satu malam di bulan Ramadhan yang dipanggil malam Lailatul Qadar. Ia bermaksud malam yang lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah di malam itu.

Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada pihak-pihak yang tertentu adalah juga rukun Islam seperti puasa. Zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan adalah bertujuan menyucikan harta dan rohani dari kemungkaran. Ia mesti ditunaikan sebelum akhir Ramadhan

Ketibaan bulan Syawal, iaitu bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula dari terbenamnya matahari pada 30 haribulan Ramadhan. Ia biasanya di sahkan lagi dengan upacara melihat anak bulan.

Aidilfitri adalah masa untuk kemeriahan dan kemaafan.Kemeriahan Hari Raya ditonjolkan dengan kembalinya beramai-ramai warga kota ke kampong. Upacara yang digelar ‘balik kampung’ ini menyebabkan kota-kota besar menjadi lengang dan jalanraya menjadi sesak. Masing-masing ingin merayakan Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga. Seluruh keluarga akan bergotong royong menghias rumah dan memasak juadah.

Pagi Aidilfitri biasanya akan dimulakan dengan takbir dari masjid-masjid, yang telahpun berlanjutan dari malam sebelumnya. Pagi-pagi lagi semua orang telah bangun,dan biasanya akan mengunjungi pusara kaum keluarga.Kemudian, kaum wanita akan mengemas rumah manakala kaum lelaki akan bersiap ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Masing-masing segak dan cantik dengan pakaian baru.Kanak-kanak adalah yang paling seronok, dimana segalanya dari songkok, baju melayu, atau baju kurung hinggakan kasut adalah serba baru.

Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan berkumpul untuk bersalaman dan meminta maaf antara satu sama lain. Anak-anak akan meminta maaf dari ibu bapa, manakala ibu bapa akan meminta maaf dari datuk dan nenek. Menjelang tengahari, semua sanak saudara dan jiran sekampung akan kunjung-mengunjung antara satu sama lain untuk ‘beraya’ atau adat berziarah. Ucapan ‘selamat hari raya ‘ bersilih ganti dan kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.

Kanak-kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke rumah jiran, saudara atau rakan-rakan , dimana tradisi memberi ‘duit raya’ memeriahkan lagi suasana. Juadah wajib bagi hari raya ialah seperti ketupat, rendang, sambal kacang, lemang, dan serunding. Disamping itu, terdapat banyak jenis kuih dihidangkan, mengikut tempat.

Sambutan hari raya adalah selama sebulan, dimana stail terkini akan terdapat ramai pihak membuat rumah terbuka sepanjang Syawal. Disamping itu, kaum yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas juga tidak dilupakan. Orang ramai akan tampil membuat sumbangan supaya kemeriahan Aidilfitri memberi sinar kepada mereka.



Hari Raya Aidiladha

Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu dua bulan setelah Syawal.Ia juga dikenali sebagai hari raya Haji atau hari raya Korban.

Nama hari raya Haji diambil sempena dengan ibadah haji yang dilakukan semasa bulan Zulkaedah dan Zulhijjah. Di tanah suci Makkah, kedatangan Aidiladha menandakan sempurnanya ibadah haji. Hari raya Korban pula diambil dari peristiwa ibadah kurban yang dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail.Walaupun baginda berat hati untuk menyembelih anaknya , tetapi nabi Ibrahim tetap melaksanakan ibadah korban demi taatnya baginda kepada Allah Taala.Inilah yang menjadi ikutan oleh umat Islam sampai ke hari ini.

Setiap kali tibanya Aidiladha, seperti Aidilfitri juga umat Islam bersolat sunat pada pagi hari.Dengan berpakaian baru, kemudian umat Islam berkumpul bersama keluarga dan menjamah juadah.Hidangan pada Aidiladha tiada jauh bezanya dengan Adilfitri, ketupat, lemang, rendang, serunding dan kuih muih disediakan.

Kemudian, umat Islam akan keluar ke masjid-masjid semula untuk melaksanakan ibadah korban. Disini, lembu, kambing, biri-biri dan kerbau disembelih. Bahkan stail terbaru sekarang terdapat juga unta disembelih di Malaysia. Ini adalah ibadah sunat yang dituntut sempena Aidiladha, sebagai lambang tulus dan ikhlasnya hamba terhadap Allah Taala.

Selepas binatang ternakan itu disembelih, daging akan dibahagi-bahagikan. Satu pertiga diberi kepada tuan punya, dan selebihnya diberi kepada fakir miskin, jiran-jiran dan semua orang Islam.Hikmah dari cara ini adalah ia mengeratkan silaturrahim dan membantu orang-orang yang kurang berkemampuan.

Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka. Aidiladha juga adalah lambang keabdian hamba kepada Allah, dimana kita harus bersyukur atas nikmatNya dengan menyedekahkan sebahagian harta dengan mereka yang kurang bernasib baik.



Perayaan Hantu Lapar

Perayaan hantu Lapar adalah satu lagi perayaan yang disambut oleh masyarakat Buddha di negara ini.Ia adalah berdasarkan sejarah yang berlaku di Negara China berkurun dahulu.Pada masa dahulu, ada seorang pemuda bernama Mu Lian, yang hidup dengan ibunya yang sangat kedekut. Ibunya selalu menghina pengemis dan menghalau mereka kalau mereka datang meminta makanan.

Mu Lian pula adalah seorang yang baik dan pemurah.Apabila Mu Lian berniat menjadi sami, ibunya sangat marah kerana anaknya tidak lagi bekerjauntuk menambah kesenangannya.Ibunya mengambil keputusan untuk memberi sami makan makanan yang berdaging, supaya sami ini berdosa. Tetapi ibu ini telah mendapat balasan yang setimpal, dimana dia telah dihantar ke neraka. Mu Lian sebagai anak yang baik sentiasa berdoa siang dan malam untuk ibunya. Akhirnya doanya didengari Buddha, maka Buddha memberi keizinan supaya setahun sekali pintu neraka dibuka roh-roh boleh kembali ke bumi dan diberi makanan.Mulai saat itu, pada setiap hari ketujuh dalam bulan ketujuh kelendar Cina adalah hari memperingati hantu-hantu lapar.

Di hari ini, makan dan minuman yang biasanya menjadi kegemaran ahli keluarga yang telah mati diletakkan di luar rumah.Mereka menganggap ahli keluarga yang telah mati akan datang melawat rumah pada hari ini. Tujuannya adalah supaya dalam rumah tidak diganggu roh jahat.' Paper Money' atau duit palsu juga dibakar sebagai persembahan kepada roh, supaya ia boleh digunakan dalam alam mereka. Untuk memastikan yang roh-roh ini tidak mendatangkan mudarat, persembahan



Pesta Kaul Melanau

Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.Ia dirayakan pada akhir Mac atau awal April setiap tahun.Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik pada berkurun dahulu, dimana mereka mempercayaai kepercayaan animisme.

Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat dari buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali berayun yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain gergasi ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai.

Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta warna warni yang diserikan dengan bot-bot berhias, sukan pantai, dan makanan- makanan Melanau yang enak.Biasanya di musim monsun kuala sungai akan ditutup, dengan tiada seorang pun akan dibenarkan keluar masuk. Semuanya menjalani upacara menyucikan diri.

Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan membawa 'seraheng' iaitu bakul dari buluh.Sementara itu 'bapa Kaul' atau ketua perayaan akan menjamu semangat dengan jampi dan jamuan.Selepas itu terdapat juga permainan pantai, pertunjukan seni mempertahankan diri, tarian tradisional Melanau dan jamuan makan.

Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah-rumah. Orang-orang akan mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai sebagai tanda muhibbah.' Sago' adalah juadah yang istimewa dimasa Kaul ini. Ia adalah sagu yang dimasak dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan keenakannya. Orang Melanau memang terkenal sebagai penebang sagu yang mahir di Sarawak.

Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular dikalangan orang luar, tetapi masyarakat Melanau merayakannya dengan begitu meriah, sehingga seminggu lamanya.




No comments:

Post a Comment

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)