Wednesday, March 3, 2010

TEORI ORIENTEERING

ORIENTEERING ASAS

DEFINISI

Orienteering ialah satu sukan di mana peserta dengan berpandukan peta dan kompas dikehendaki mengemudikan dirinya ke titik-titik kawalan yang telah ditandakan di atas peta dan telah ditempatkan di atas mukabumi, mengikut susunan tertentu.

Satu sukan rekreasi yang memerlukan pesertanya mengemudikan dirinya sendiri, berjalan atau berlari, menempuhi pelbagai variasi rupabumi untuk tiba ke destinasi yang telah ditetapkan. Di dalam pergerakan ke beberapa destinasi yang dikenali sebagai Titik Kawalan. Peserta adaah bebas untuk memilih laluannya sendiri dengan berpandukan peta dan kompas.

Orienteering merupakan sukan yang mana memerlukan anda berfikir sambil berlari. Walau bagaimanapun anda tidak boleh mengambil masa yang lama untuk berfikir bagi mengatasi masalah pergerakan anda. Ini adalah kerana matlamat larian di dalam orienteering adalah untuk melawati kesemua titik kawalan dalam masa yang singkat.

Orienteering bukanlah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan fizikal seperti aktiviti larian yang lain. Kemahiran membaca peta merupakan elemen yang penting di dalam orienteering memandangkan anda perlu menentukan laluan yang terbaik.

Aktiviti ini merupakan sesuatu yang memerlukan imbangan fizikal dan mental yang baik terhadap laluannya dengan mudah dapat ditewaskan oleh seseorang peserta yang perlahan lariannya tetapi memberikan tumpuan yang lebih kepada pembacaan peta dan pemilihan laluan.

SEJARAH ORIENTEERING

Mula diperkenalkan di Sweden pada tahun 1918 di kalangan tentera dan kemudiannya Major Ernst Killander mempopularkan sukan orienteering kepada orang awam.

Pada tahun 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation – IOF) ditubuhkan di Copenhagen dengan keahlian 10 buah negara – Bulgaria, Czecholovakia, Denmark, Finland, Hungary, Jerman Barat, Jerman Timur, Norway, Sweden dan Switzerland.


PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Orienteering mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983. Kemudiannya pada tahun 1986 Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan. Pada tahun 1988, Persatuan Orienteering Kuala Lumpur telah mengadakan Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama.

Walaupun sukan orienteering di Malaysia pada ketika itu masih belum mempunyai badan peringkat kebangsaan, namun demi untuk mengikuti perkembangan dunia orienteering di peringkat antarabangsa, WOA telah berusaha untuk memohon bagi mewakili Malaysia untuk menjadi Ahli Gabungan kepada IOF pada tahun 1992. IOF telah meluluskan dan mengiktiraf WOA sebagai sebuah badan sementara bagi mewakili Malaysia di dalam IOF.

Pada tahun 1994, sebuah badan induk peringkat kebangsaan iaitu Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) telah berjaya ditubuhkan bagi menyelaras dan mengawal segala aktiviti sukan orienteering di Malaysia dan sebagai satu badan yang mewakili Malaysia di dalam IOF. MOA ditubuhkan dengan mempunyai 6cawangan negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang Kedah, Trengganu dan Johor.




JENIS-JENIS ORIENTEERING

Terdapat beberapa jenis aktiviti dalam Orienteering :-

Orienteering Merentas Desa (Cross Conutry Orienteering)

Orienteering Merentas Desa ini juga dikenali sebagai Acara Klasik ( Classic Event). Di dalam acara ini, peserta dimestikan melawat kesemua titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat kesemua titik kawalan tersebut, penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan di kawasan rupabumi yang pelbagai. Format ini sesuai untuk pertandingan kerana kesemua peserta akan menghadapi cabaran yang hampir sama.

1. Orienteeing Bermarkah (Score Orienteering)

Dalam Orienteering jenis ini, banyak titik kawalan yang disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu berghantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta bebas memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati, walaubagaimana pun masa dihadkan oleh penganjur dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi had masa yang ditetapkan akan dikenakan penalti dan bentuk penalti bergantung kepada penganjur.
Matlamat Orienteering Bermarkah adalah untuk mengumpul mata yang terbanyak dengan melawati seberapa banyak titik kawalan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Format ini sesuai dijalankan untuk peserta baru kerana penyertaan mereka tidak terbatal jika tidak melawati salah satu titik kawalan. Peserta perlu merancang dan meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.

2. Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

Walaupun dikenali sebagai Orienteering Jalanraya tetapi aktiviti ini tidak dijalankan di jalanraya yang sibuk. Acara ini dijalankan di kawasan perumahan. Penanda kawalan tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatiti butiran atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan sebagainya.



3. Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

Orienteering ini dijalankan di kawasan berbukit-bukau di samping jarak yang agak jauh. Acara ini juga boleh dijalankan melebihi dari satu hari dan peserta dikehendaki membawa bersama-sama peralatan bermalam.
Format ini memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang tinggi memandangkan landasan yang mencabar serta memerlukan kemahiran navigasi dan daya keyakinan yang mantap.

4. Orienteering Malam (Night Orienteering)

Orienteering Malam dijalankan di kawasan yang terbuka seperti di taman-taman tasik dengan jarak yang agak pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.

5. Orientering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

Acara Orienteering Berganti-ganti ini dijalankan secara berpasukan 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam kumpulan akan menamatkan landasan sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta dalam pasukan akan melalui landasan yang berbeza.

6. Norweigian Event

Acara Norwegian adalah satu acara yang diguanakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang dalan kawasan yang kecil atau sempit. Peserta dibenarkan menyalin kedudukan titik permulaan dan titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan titik kawalan yang kedua pula dari satu peta yang disediakan. Proses ini akan berterusan sehingga peserta tiba di tiik penamat.


VARIASI ORIENTEERING

Sukan Oreinteering dilakukan secara berlari atau secara berjalan. Walau bagaimanapun, orienteering turut dilakukan di dalam beberapa variasi mengikut kesesuaian keadaan. Antara lain-lain cara orienteering dilakukan adalah seperti berikut :

Ski Orienteering
Mountain Bike Orienteering
Canoe Orienteering
Trail Orienteering.


KEBAIKAN ORIENTEERING

Sukan untuk semua.
Meningkatkan Kecergasan Fizikal
Memberi Cabaran dan Keseronokan.
Meningkatkan Kecergasan Mental dan Daya Tumpuan.
Membina Keyakinan Diri dan Sikap Positif.
Persekitaran Yang Sihat.
Meningkatkan Kemahiran Membaca Peta dan Kompas.
Memupuk Sifat Keberanian dan Ketenangan Di Dalam Keadaan Cemas.



KUMPULAN SASARAN
Orienteering adalah untuk semua yang muda atau yang tua boleh menyertainya secara berkeluarga atau hanya dengan berjalan sebagai satu bentuk riadah yang ringan, sehinggalah kepada mereka yang benar-benar cergas yang ingin meningkatkan kemahiran. Terpulang bagaimanakah caranya mengambil bahagian – menyeronokkan dan walau apa pun cabarannya ialah untuk menamatkan acara.


GELANGGANG ALAM SEMULAJADI
Biasanya orienteering dibuat di kawasan hutan yang membolehkan anda berlari dan bukannya hutan yang tebal lagi bersemak seperti latihan pandu arah. Di Malaysia, kawasan yang paling sesuai ialah ladang getah ataupun ladang kelapa sawit yang membolehkan anda berlari dengan baik serta memberi anda pelbagai pilihan laluan. Taman-taman rekreasi yang terbuka seperti taman tasik juga sesuai terutamanya bagi mereka yang baru untuk mencuba sukan orienteering.





3 comments:

  1. Salam.

    saya nak tahu ada tak tempat kat kl/selangor/negeri 9/perak or melaka ada buat orienteering? saya sedang mencari activity untuk orientasi pelajar university.

    thank you.
    regards,
    sarah

    ReplyDelete
  2. Saya di perak.. memang ada beberapa tempat yg ckup enjoy utk buat orienteering ni. terpulang utk buat orienteering darat atau air. kl orienteering basikal pun enjoy jg

    ReplyDelete
  3. nota terbaik..padat dan tersusun..mohon keizinan untuk saya jadikan sebagai sebagai nota Orienteering yang perlu saya masukkan dalam Buku Log Aktiviti KRS...:)..TQ

    ReplyDelete

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)