Sunday, November 1, 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAHBAWAH 15 TAHUN

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAHBAWAH 15 TAHUN(PROGRAM SELEPAS PMR)TARIKH : 17-19 NOVEMBER 2009
MASA : MULAI 8.00 PAGI
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh pelajar-pelajar berumur 15 tahun ke bawah iaitu
pelajar-pelajar Tingkatan 3, 2 dan 1.
2. Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan 9 orang pemain iaitu 7 orang bermain dan 2
orang lagi simpanan.
3. Kejohanan ini hanya untuk pelajar-pelajar SMK. Methodist sahaja.
4. Permainan dijalankan secara liga pada peringkat awal.
5. Masa permainan adalah 7 minit bagi setiap separuh masa.
6. Dalam peringkat kalah mati, jika berlaku seri, 3 tendangan penalti akan diberikan dan jika
masih lagi seri, tendangan penalti `sudden death` akan diberikan. Jika kesemua pemain
sudah mengambil tendangan, tetapi keputusan masih lagi seri, lambungan syiling akan
dilakukan.
7. Pasukan yang layak ke peringkat kalah mati akan ditentukan melalui mata yang dipungut.
Jika seri akan dilihat pada perbezaan gol, jika seri lagi akan dilihat jumlah gol yang dijaringkan.
Jika masih lagi seri akan dilihat pula kepada siapa yang menang dalam pertemuan kedua-dua
pasukan. Jika seri lagi akan ditentukan melalui tendangan penalti.
8. Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata dan seri 1 mata
9. Sila isikan nama yang penuh dengan ejaan yang betul dan jelas pada borang penyertaan.
10. Tarikh akhir menghantar borang ialah pada 16 Nov. jam 01.30 tgh. Undian akan dilakukan
pada 16 November jam 5.00 petang di padang sekolah.
11. Nama pasukan hendaklah nama yang menbawa maksud yang baik dan bukan nama yang
merapu-rapu.
12. Pemain yang bergaduh akan menyebabkan pasukannya dikeluarkan dari pertandingan.
13. Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah sebanyak RM15.00.
15. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan yang tidak berasas tidak akan
dilayan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
En. Zamziba Zabidi
En. Akmal Nizam Salleh

No comments:

Post a Comment

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)