Sunday, November 15, 2009

TIPS MENGHILANGAN TEKANAN

Tips Mengurangkan Tekanan...

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidakterlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yangdihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akanterlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah iniakan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun,hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yangdilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertaidengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkantekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduksebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudahdiselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan dirimengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akanmudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quranwalaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quranialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehatdan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrabpada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amalibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solatsunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagaisolat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam danmendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatandaripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Inibererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukansecara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azandan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yangbenar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidakakan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Makakita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanyakepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapandengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yangBerkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nyajika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawatentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otakyang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kitamelakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan sepertibersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkanmasa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akanbertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salahsatu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkantekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidakterkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yanglain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapatdiredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasanhati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebutdalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" adasesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, merekaseolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, biladilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Mahamengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kitamempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untukmelakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dantiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mestimenghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelasdaripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlumencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kitayang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkandengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kitadengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan :
Sebagai kesimpulannya,tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

...INSYAALLAH...

No comments:

Post a Comment

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)