Thursday, December 31, 2009

HAPPY NEW YEAR 2010

Tak terasa kita sudah memasuki akhir tahun 2009 dan akan segera menyambut datangnya tahun 2010, di mana akan banyak pengharapan supaya di tahun yang baru nanti akan lebih baik dari tahun sekarang ini.Namun sekadar mengingatkan, bahawasanya untuk kita sebagai umat dari Nabi akhir zaman iaitu Baginda Nabi Besar Muhammad SAW, kita tidak merayakan tahun baru Masehi melainkan tahun baru Hijriyah yang jatuh pada tanggal 1 Muharram, di mana nantinya akan terjadi peralihan tahun umat Islam.



Menjelangnya tahun baru ini, elok lah sama-sama kita:

1.Istighfar, memohon keampunan kepada Allah Azza wa Jalla
2.Berdzikir Laa Ilaaha Illallaah di dalam hati secara terus menerus
3.Menitik beratkan ibadah, terutama shalat
4.Yakin kepada Allah Subhaanahu wa Ta’aala
5.Do’a supaya dapat melaksanakan segala perintah-Nya
6.Mengikuti dan menjalankan apa yang junjungan kita Nabi Muhammad SAW kerjakan.

seperti firman Allah Ta’aala dalam Al-Qur’an di surat ‘Aali ‘Imraan ayat 133, “ Dan bergegaslah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertaqwa".

** Semoga aku, kamu, dia dan mereka dapat memperbaiki diri menjadi orang yang lebih bertakwa.. berdoalah kita agar ditetapkan iman, dimatikan dalam islam, diampunkan dosa kita dan orang2 yang tersayang, kebahagian keluarga, dimurahkan rezki, dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan tentunya kebahagiaan di dunia dan akhirat... AMIN


Tuesday, December 29, 2009

KEMALANGAN NGERI DI LEBUH RAYA

ini lah rupa bas express yang terbabit dengan kemalangan maut berhampiran dengan simpang pulai, ipoh. semalam lepas makan nasi kandar Rahmat, belakang masjid negeri waktu nak balik aku dapat tengok bas ni dari dekat. dah macam pameran pulak dek ramainya tengok termasuklah aku. waktu aku tengok tu pihak insuran sedang buat siasatan. rasanya sekarang pun masih ramai yang berkerumun di situ coz tempat simpanan kenderaan Balai Polis Ipoh berdekatan dengan laluan utama dan hampir dengan stesyen kereta api dan bas..






Kepada keluarga mangsa yang terkorban di ucapkan takziah dan diharapkan bersabar serta redha dengan ujian Allah. kepada mangsa didoakan roh mereka ditempatkan bersama orang2 beriman yang terdahulu menemui Allah.. Al-fatihah

RAHSIA AYAT KURSI

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

Monday, December 28, 2009

AKU, CUTI DAN RANAH MINANG (BUKITTINGGI)

sekian kalinya aku jejakkan kakiku di ranah minang yang kaya dengan adat istiadat. Bersyukur aku selamat dalam kejadian gempa tanggal 23hb dis 2009 yang lalu. mungkin kejadian itu sedikit sebanyak dapat menginsafkan diri ini insyaAllah.. Perjalanan kali memberikan aku pelbagai pengalaman baru, antaranya bertemu teman baru, makanan terbaik, melawat ke kampung2 pedalaman, melihat dan membeli senjata (pisau) di pusat pembuatannya di desa dan lain2 lagi. insyaAllah suatu hari nanti jika dpanjangkan umur dan dimurahkan rezki aku akan berkunjung lagi di bumi adat, ranah minang ini.

1. Lobang Jepang
peninggalan jepun. terletak 200m dari Jam Gadang Bukittinggi..





2. Tugu Bung Hatta
Proklamator Bung hatta salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia. Berasal dari Ranah Minang. Tugu ini terletak hanya 50m dari Jam Gadang...

3. Jam Gadang
Merupakan mercu tanda bukittinggi. Semua hotel besar, kompleks dan gerai membeli belah terletak di sekeliling jam ini.. Jam Ini adalah peninggalan Belanda. Kawasan sekitar jam ini hidup siang dan malam..
3. Melawat desa Sungai Puar
Di desa ini sempat bertemu dan beramah mesra dengan penduduknya. Selain itu dapat melawat sekitar kawasan persabungan ayam dan bengkel pembikinan senjata seperti pisau, pedang, keris dan lain2 lagi..



4. Kawasan Kebun Binatang dan Jambatan Limpapeh
Di sini juga terdapat Kota Fort De Cork, Rumah gadang (Muzium Ranah Minang), taman haiwan dan lain2 lagi. Jauhnya dari Jam Gadang Sekitar 1km




5. Gerai menjual senjata
Terdapat pelbagai jenis senjata dijual di sini. Terletak agak ke belakang Pasar Atas.. Agak sukar mencari gerai2 ini walaupun ditanya pada penduduk setempat. Aku pun sebab dah jadi tempat wajib bila ke sini. Itupun puas berpusing2 baru jumpa...


5. Wall Climbing
Kat sini benda ni diorang main2 jer. mksud aku, wall ni tak kira umur, masa dan peralatan, main belasah je.. kat sini penuh dengan 'tatasusilanya'..
6. Kedai membeli- belah
Tempat ni terkenal sebagai syurga membeli belah bagi kaum hawa. tak percaya, bawalah bini korang ke sini, comfirm rabak poket. Aku dah sangat percaya... sebab dah 2 kali aku bawa bini aku ke sini..


7. Nasi Padang (AMPERA)
Bagi aku, ini yang terspecial. buktinya, datang dengan 67kg tetapi pulang dengan 70kg.. hebat tak muntah kedarah aku 4 hari kat sini..


8. Pedati Nusantara
Pesta daerah sesumatera ini diadakan setahun sekali. Menggabungkan kesenian, komoditi dan lain2. Bertuah benar aku yang mencintai seni dan tarian ini dapat peluang keemasan bersama penduduk2 padang menghadiri pesta ini. Perkara yang aku paling bertuah adalah dapat menonton tarian SI Gali-Gali yang original oleh penari2 istana presiden yang juga johan tarian indonesia 5 tahun berturut2. Selain itu dapat menonton tarian2 lain dipersembahkan oleh2 penari2 profesional dan amatur. Tarian oleh penari profesional waktu malam manakala oleh penari sekolah menengah (SMA) pada waktu petang.. best wooook


8. Museum Perjuangan
Merupakan tempat yang sesuai bagi mereka yang cintakan sejarah perjuangan rakyat menentang penjajah..
9. Ngarai Sianok dan Panorama
tempat yang sesuai untuk membeli belah dan bermanja2 dengan pasangan anda.. datang ler, cantik pemandangannya.
10. Makanan Pelik2
Kalau korang macam aku, meh sini rasa makanan yang pelik2. antaranya teh telor itik dan lain2 lagi.. sedap, memang sedap..
11. Pengalaman gempa bumi
di hotel inilah ketika sarapan di tingkat bawah tanah aku digegarkan oleh gempa berskala 6.1.. cuak juga bang kena gempa ni. Terima kasih Hotel Benteng di atas layanan mesra anda semua...


12. Naik bendi (kereta kuda) pusing kota
Seronok juga dapat peluang ronda2 kota raya naik kereta kuda, dapat melapangkan fikiran selain mengeratkan kasih suami isteri..

BUKITTINGGI.. SEMOGA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA.....

Sunday, December 27, 2009

AKU, CUTI DAN GEMPA SUMBAR (PADANG)

walaupun sudah dua bulan berlalu, namun kesan fizikal gempa masih dapat dilihat dengan jelas. Itu baru kesan fizikalnya, namun yang jelas ketara adalah truma akibat gempa.. terlalu sedih melihat teman2, saudara mara rakan seagama menanggung azab gempa ini. Alhamdulillah saya antara orang yang berpengalaman dengan gegaran gempa ni. tanggal 23 dis 2009 jam 9am waktu malaysia ketika saeapan di hotel benteng, bukittinggi. Saat itu boleh dilihat bagaimana trauma masyarakat sumbar yang ada pengalaman gempa ini. Bergegas mereka lari lintang pukang apabila gempa terbaru ini berlaku. Apa pun, syukur aku dan isteri selamat dalam kejadiaan ini





"tidak beriman seseorang itu selagi tidak diuji dengan musibah" maksud hadis.... Beruntunglah sesiapa yang diuji dan redha dengan ujianNya. Semoga roh mereka yang meninggal ketika gempa dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. amin

Friday, December 18, 2009

KEINDAHAN JARI-JEMARI

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

AKU DAN AIDIL ADHA

Alhamdulillah raya tahun ni banyak aktiviti korban di kampun aku, bermula raya pertama hingga ketiga berpuluh ekor yang tumbang.. yang paling penting, kami adik beradik seramai 13 orang masih dapat menjalankan aktiviti korban di rumah seperti tahun2 yang lalu. Alhamdulillah, aktiviti korban kerbau atau lembu yang dijalankan sejak ayah dan ibuku masih ada dapat dijalankan seperti dirancang. terima kasih tak terhingga kepada ipar duai, saudara mara dan rakan sekampung yang datang membantu..




ini korban yang dijalankan oleh kami adik beradik.. terima kasih kepda semua yang terlibat. diharapkan tahun2 yang akan datang ibadah korban ini dapat diteruskan.


Ibadah korban di pondok pengajian Bukit salim berdekatan dengan rumah aku..



Ramai yang terlibat dalam ibadah korban di pondok ini selain penduduk kampung yang datang membantu.. 7 ekor lembu dan 2 ekor kambing untuk pondok tahun ini.


Pak Su Lid jadi jaguh mengapak tulang tahun ini.. Sedap bang makan sup tulang ni beramai2 di cicah dengan air asam.. Perrrghh

BACKPACKER TRIP 2011 (Thailand)