1. Nasi Ampera Lamunan Ombak (Padang)
2. Sate Kajang Haji Samuri
dah tertera li loh mahfuh bahawa pada tanggal 21 dis 2009 jam 8pm rezkiku di restoran sate haji samuri, di belanja pila tu. Alhamdulillah. Moga2 dimurahkan rezki dan dipanjangkan umur Bro Mat ni..
Terima kasih Bro Mat (Ulu Langat) yang sudi menjemput saudaramu dari Sungkai lagi, bawa melawat saudara2 yang lain dan langsung belanja sate.. moga Allah murahkan rezkimu, Amin..
3. Pisang Panggang Lenyek
Pisang panggang ni dah jadi kewajipan aku dan kengkawan bila berkunjung ke Ranah Minang ni. Pisang ini dipanggang, lenyek, sapu coklat, butter n makan...
4. Nasi Lemak Pokok Asam, Jln Tupai, Taiping
Kedai ni bukanya pagi je, kalau korang nak merasa kenalah datang sebelum kul 11am. Kalau musim cuti korang isilah perut dulu kat rumah sebelum datang, sebabnya nak beratur dan tunggu turn lambat la dek ramainya orang. nk dapat meja pun kena tunggu lama.
sedap wooo makan nasi beras Solok, daging dendeng sama ayam bumbu.. peeerghhh
6. Kuetiaw Doli...
Terletak di Jalan Tupai, Taiping.. Memang dah jadi rutin aku makan kat sini sebulan dua tiga kali, huhuuu
7. Mee Banjir Udang Mak Teh
Ni ler mee udangnyer.. menurut sahabat aku mat Suzaini "Abis mie dulu, udang belambak lagi".. mee udang kat sini ada 2 kategori iaitu udang laut (RM10 & RM12) manakala udang kolam (RM6 & RM8)... Aku dah makan tadi, korang tak nak ker......
Sedap beb, makan ikan sembilang fresh dengan gulai berasap.. perghhh
10. Nasi Dagang (Pasar Kepayang, Terengganu)
Mantap beb leh makan nasi Dagang ikan tongkol ni, 3 bungkus pun tak cukup. tapi skarang leh makan setakat sebungkus jek, perut dah semakin mengecil.. heheee
11. Kepala Keropok (Kilang Keropok sungai Derhaka, Kuala Terengganu)
Seumur hidup aku, entah berapa ribu kali dah aku makan keropok keping ni, tp ni lah first time aku dapat peluang dapat tahu n makan kepala keropok.. sedap bahhh
12. Masakan mak cikgu Anuar (tech Media)
Adus adik kakak, sedap ya aampun.. Patut la dia 'sihat' ja, rupa2nya sedap mak dia masak taraf2 restoran 6 bintang.. mak aku masak sedap gak, tapi sejak mak dah tak ada ni, tangki kat perut aku ni semakin mengecut.. nasib la zam oooiii..
13. Bika Nyior/ Kelapa
Bika ni anuar beli dari mak Long yang jual kuih, keropok kat kg. sg. derhaka, Kuala Terengganu.. bukan main special benda ni rupanya.. Perut aku dah sarat pun aku leh balun lagi..
No comments:
Post a Comment